Sabtu, 16 September 2000

Aku Suka Dia



Perkenalan Aliya dengan Afifi bermula di awal laman sosial muka buku, Afifi nama sebenarnya ialah Mohammad Nazarol Afifi merupakan jiran kepada Aliya.Walaupun jarak antara rumah mereka tidaklah sejauh mana,hanya beberapa langkah tetapi mereka tidak pernah bersua muka dan bersuara sesama sendiri.Adakah itu dinamakan jiran ?
Aliya dan Afifi kenal selepas mereka  menduduki peperiksaan percubaan SPM.Sebelum ini mereka pernah bersua muka cuma tidak betegur sapa,masa itu didalam bulan Ramadhan,boleh dikatakan setiap hari mereka bersua muka kerana mereka membuka gerai menjual juadah berbuka puasa pada tempat yang sama,pada masa itulah buat kali pertamanya Aliya melihat Afifi.Dari gaya dia sangkaan Aliya dia sudah berumur  18 ataupun 19 tahun dengan gaya serius dia,badan dia yang agak kemas  dan dia selalu memasang mp3 di telinga dia semasa menolong toknya membakar ayam.
   Perkenalan dan perbualan Aliya bersama Afifi bermula apabila Aliya post mengenai blog dia di salah sebuah kumpulan di laman sosial muka buku.Afifi ada komen mengenai post Aliya itu,tetapi masa itu Aliya tidak mengenali dia,tidak tahu dia siapa.Pada malam itu Afifi ada membuat permintaan menambah rakan,Aliya pun terus menerimanya dan Aliya juga sempat melihat gambar-gambar didalam album Afifi.
     “Wahh .. dia ni ke ??Afifi..dia ni la yang tolong tok dia bakar ayam masa bulan puasa tu.” Kata Aliya yang keseronokkan tidak tahu kenapa.Aku melihat gambar-gambar dia disekolah,didalam fikiran aku mungkin dia ini budak STPM.Tiba-tiba Afifi menghantar pesanan chat di laman sosial itu.
      “Assalamualaikum,dah follow blog,ramai juga follower dia ye.follower kita baru sikit ja.” Tegur Afifi.Aliya dengan seberapa pantasnya membalas.
  “Waalaikumusalam..hihi tak pa,biasa la tu.hangpa kan baru lagi dalam dunia blog ni,dulu kami pun sama la ,pelan-pelan nanti ramai la follower tu .”balas Aliya dengan seronoknya.
      “hihi iya,nanti tolong share la sama blog kami tu”jawab si Afifi dengan ringkas.
  “boleh saja,nanti kami masukkan hangpa dalam kumpulan blog ok.nak tak ? “
      “ouh yeka? Boleh juga kalau macam tu .”
  “nanti hangpa boleh la kongsi pasal blog hangpa,dalam masa yang sama hangpa boleh la kumpulkan follower tu .”
      “tu la..setakat nak kongsi ilmu ja kat blog tu,insyaAllah.blog Aliya tu memang pasal kisah hidup Aliya ke? “ Tanya Afifi pada Aliya.
   “iya,semua kisah hidup kami,tapi kami ada selitkan sikit pasal benda lain.kenapa? .”
       “ouh,tak dak apa la,saja Tanya.ada baca sikit tadi.ni hangpa kenal tak kami ni sapa?”
   “kenal-kenal,baru perasan tadi saja . “senyum Aliya.
       “haha,baru perasan tadi ka?”Tanya Afifi sambil ketawa.
   “iya,tengok gambar tadi baru perasan,hangpa yang tolong bakar ayam masa bulan puasa tu kan?”
       “dia la tu.tolong tok ja,tak kan nak biar,tak dak sapa nak tolong.”
   “ouh,ok la tu ada juga keja dari tak tau nak buat apa kan.”
       “tu la..balik rumah tidur ja kalau tak buat apa,dengan letih puasa.buat kerja dapat juga pahala.”Perbualan mereka menjadi semakin rancak selepas dapat mengenali sesama sendiri.
   “betul tu.em umur hangpa berapa ?” Aliya mula bertanyakan umur Afifi yang selama ini dia fikir Afifi itu lebih tua dari dia.
    
  “umur? Em 13 tahun “jawab Afifi dengan spontannya.
      “ehh umur 13 dah boleh bawa kereta dah ke?”Aliya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Afifi.Masa bulan puasa Aliya ada ternampak Afifi memandu kereta kerana itu dia tidak percaya dengan jawapan yang diberikan.
  “jangan la percaya,13 kaki pun tak sampai lagi la.tingkatan 5 tahun ni.”Afifi pun menjawab.Dia gelak kerana berjaya kenakan si Aliya
      “laa,ingatkan budak stpm tadi,rupanya baru tingkatan 5.sama la dengan kita.”jawab Aliya.
  “ya,kita sama umur.tak la muda sangat.”Senyum Aliya.Kenapa,dah tua dah ke umur 17 tahun nih,terdetik dihati Aliya.
      “tua dah.. trial hari tu macam mana?”
  “trial hari tu Alhamdulillah la,boleh buat.”jawab Afifi.
      “kami berhenti meniaga bulan puasa hari tu sebab nak trial la,letih-letih.”
  “tu laa..tengok-tengok dah tak berniaga dah,heran juga hari tu. “Balas Afifi kepada Aliya.Hairan juga Afifi pada masa itu apabila Aliya sudah tidak membuka gerai.
       “tak dapat dah la cucur free kan?hangpa tusyen dekat mana ye?”Tanya Aliya.Jika dalam puasa jualannya ada lebihan,dia akan memberikan cucur lebihan itu kepada orang-orang yang terdekat disitu termasuklan Afifi.
    “ada-ada jela Aliya ni.”ketawa Afifi.”tempat kami tusyen sekali dengan hangpa la.”Jawab Afifi.Aliya jadi kehairanan,bagaimana Afifi tahu dia tusyen disitu.
        “hangpa tau mana ni kami tusyen kat situ ?”Tanya Aliya dengan kehairanan.
    “kami ada ingatan yang kuat .”kata Afifi,Aliya sekali lagi hairan dengan kata-kata Afifi tu.
    “kalau kami jumpa seseorang,kami boleh ingat dia dalam tempoh yang lama bila jumpa lagi.kami dok tau dah yang aliya ni duduk satu kampung ja.kan dulu mengaji kat rumah long sekali,betul tak ?” Perjelas Afifi dengan panjangnya.
         “iyaa,tapi kami tak nampak hangpa pun kat tusyen tu.” Tanya Aliya.
    “memang la sebab kami dah tukar dah,tak sempat ,banyak benda nak kena buat.”
         “ouhh budak pandai ni,hangpa ambil subjek apa dekat sekolah ?”Tanya Aliya,dia semakin seronok bila bersembang dengan Reza budak sekampung dia.
    “kami ambil phio sains,bio,chemistry and physic”
         “nahh , phio terus,mampus jugak .”jawab Aliya
    “haha kenapa?ni duk chat dengan Aliya ni,tak mati lagi la.semua 11 subjek,so study je la kn.”
         “kalau kami mampus la jawabnya,phio sains kot . “ kata Aliya.
    “tak dak lah,kalau kita usaha,insya Allah boleh.macam Aliya tulis dalam blog,study..study..study sampai Berjaya.”
Wah dia baca blog aku,aliya keseronokkan.
    “hey dah masuk solat isya’ dah ni,jom pi solat dulu.” Ajak Afifi.
          “ya kami tahu,memang nak pi pun ni.”jawab Aliya.
    “sat lagi online balik tak?” Tanya Afifi.
          “online ja,tak katup pun ni.”
    “elok la tuh,jom pi solat dulu.jaga diri,jaga iman,jaga hati,jaga solat.Assalammualaikum.”kata Afifi sebelum pergi menunaikan solat isya’.
Selepas saja dari berchatting dengan Afifi,Aliya pun pergi menunaikan solat fardhu isya’ dan makan malam bersama keluarga . Selepas saja selesai semua itu,dia terus menuju ke komputer ribanya  dan melihat Afifi telah mengirim pesanan di laman sosial facebook itu .
    “Kau wanita terindah,jangan kau singkap auratmu,jangan kau buka aibmu,kerana kau wanita terindah .. setuju 100% ayat ni . “ Aliya agak sedikit terkejut dengan ayat itu.Macam pernah aku dengar ayat itu,itu buka ayat aku ka.
        “hey,macam kenal ayat ni ..” balas Aliya .
    “memang la .. itu kan ayat dari Aliya sendiri.”balas Afifi.
       “hihi iye laa .. “ jawab Aliya dengan ringkasnya.
    “dekat sekolah kawan-kawan panggil apa dekat Aliya ?” Tanya Afifi
       “em, dorang panggil Aliya saja .”
    “ouh,dah ada relationship dah ye .”
       “ehh hihi. . ye dah ada relationship .” balas aliya.aliya terpaksa juga jujur  bahawa dia sudah ada seseorang dalam hati dia.
   “ jadi pasangan yang baik ye . . jaga hati pasangan dengan elok “ nasihat Afifi kepada Aliya .Aliya hanya mampu menjawab “ Iya ..”
    Lama juga Afifi dan Aliya berborak mengenai cinta ,Afifi banyak menasihati Aliya dalam soal cinta yang direstui oleh Allah S.W.T . Aliya suka mendengarnya .Afifi sempat berkata pada aliya ..
    “Seronok juga sembang dengan Aliya nih “ Aliya yang membaca terus memegang pipinya  yang kemerah-merahan tanda malu dan seronok .
Aliya tanpa rasa malu dia pun jawab
        “Sama la .. kami pun sama seronok sembang dengan Afifi.tapi apa yang seronoknya Afifi sembang dengan Aliya ?”
    “Sembang dengan Aliya seronok,ada respon yang baik.itu yang dinamakan kawan”jawab Afifi .
         “Terima kasih”jawab Aliya yang penuh dengan senyuman bahagia.
         “Masa bulan puasa muka bukan main serius masa bakar ayam ,senyum pun tak .penat ke?”tanya Aliya sekali lagi .
    “Haha kita ni suka senyum ok ,tapi masa tu mungkin penat kot.Amboi dia ni tengok anak teruna orang noh”Jawab Afifi
          “Ehh nak buat macam mana , gerai Afifi kan berhadapan dengan gerai Aliya .Mata ni mestila tumpu hadapan.”jawab Aliya dengan malunya .
     “Yela cik Aliya . . Afifi nak kena out dulu la sebab ada kerja kejap .nanti kita sambung sembang lagi ok .Assalamualaikum “
      Aliya berasa sungguh gembira apabila berborak dengan Afifi walaupun sekadar didalam laman sosial.Tetapi dia tidak lupa akan kekasihnya.Dia juga bahagia bersama dengan kekasihnya iaitu Irfan.Apabila bersama dengan Irfan,walaupun berjauhan,mereka banyak meluangkan masa bersama dengan mengulang kaji mata pelajaran,banyak bertanya jika ada saja masalah .
Apabila tibanya raya haji,Aliya hanya dapat beraya dirumahnya sahaja,teman-temannya sempat juga datang dirumah.Ingin saja dia menjemput Afifi jirannya itu,tapi dia malu.
Pada sebelah petang,Aliya bersama sepupunya mempunyai rancangan untuk membuat ‘first friend date’ gelaran yang diberikan oleh Afifi.Aliya rancang untuk berjumpa dengan dia dibelakang rumah Afifi yang berhadapan dengan sawah padi.Disitulah tempat pertemuan buat kali pertamanya Aliya dan Afifi.Mereka berborak bukan main leka sehingga lupa akan sepupu Aliya yang berada disitu sekali.

    “ehem … dah lupa dekat aku ke” tegur si Finas .Aliya yang sedang rancak bersembang terbantuk sebentar selepas ditegur oleh Finas .
       “ehh sori finas .. pekenalkan  sepupu kami Finas,umur dia sama macam kita la nak dekat 18 tahun” Aliya mula memperkenalkan Finas pada Afifi dan sempat juga dia buat lawak.Afifi dan finas hanya mampu bersenyum. Aliya tak akan melupakan saat kali pertama itu.Setiap masa dia memikirkan hal itu,betapa indahnya dia rasa.Aliya .. Aliya ..
Hampir tiga bulan persahabatan Aliya dan Afifi,mereka begitu akrab,mereka banyak bertukar cerita,bertukar pendapat masing-masing,berkongsi masalah bersama.
Aliya dikejutkan dengan berita bahawa mamanya perlu dimasukkan ke hospital kerana demam.Walaupun demam biasa tapi terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mamanya sarat mengandung dan perlukan pemerhatian.Aliya membuat keputusan untuk menemani mamanya dihospital.Pada malam itu tiba-tiba Afifi  menghubungi Aliya.Aliya agak kehairanan kerana tidak pernah Afifi berbuat sebegini .Aliya tidak dapat menjawab panggilan itu kerana dia sedang berada berdekatan mamanya.Dia terus menghantar meseg kepada Afifi .
         “kenapa hangpa call ?”
  “saja kami nak sembang dengan Aliya,lagipun malam ni dapat free call.” Aliya terus hairan .Free call ? apa hari ini hari jadi Afifi?ehh tidak .. tak mungkin la.
       
            Aliya sudah mencari idea bagaimana caranya dia boleh berhubung dengan Afifi melalui telefon tanpa pengetahuan mamanya.Akhirnya dia mendapat satu idea.Dia memberitahu pada mama yang dia nak keluar dari bilik untuk membaca buku kerana bilik itu lampunya sudah dipadamkan oleh jururawat.Mama pun memberi keizinan kepada Aliya untuk keluar.Aliya dengan mengenakan t-shirt lengan panjang bersama seluar track sut hitam tidak lupa juga akan tudungnya.Dia juga mengenakan sehelai selendang pada tubuhnya untuk mengurangkan kesejukan yang dirasai.Aliya terus meloloskan diri dari bilik itu dan apabila saja dia berada diluar didapati terdapat ramai jururawat yang sedang bekerja dikaunter dan mereka turut memandang Aliya yang keluar dari bilik itu.Tanpa mengendahkan mereka yang berada dikaunter itu Aliya terus mencari tempat yang sesuai untuk diduduk.Terdapat sebuah sofa yang berdekatan dengan kaunter dan di tepi sofa itu terdapat sebuah kerusi tolak yang membuatkan Aliya mula rasa meremang bulu roma.Didalam fikiran dia 

“macam mana sat lagi kalau aku duduk kat sofa tu tiba-tiba muncul makhluk yang duduk dekat kerusi roda tu.. argghh dah la lewat malam ni“ Aliya tidak dapat bayangkan.Tetapi disebabkan kedengaran riuh rendah jururawat di kaunter,rasa takut itu dia ketepikan.Selepas saja beberapa minit Afifi pun menghubungi Aliya.  
   “Assalamualaikum .. “ Afifi mendahulukan dengan memberi salam dahulu.
      “Waalaikumusalam .. hi buat apa tu ? “ Aliya pun menjawab salam Afifi dan bertanya .
   “ tak dak buat apa pun,baru lepas makan durian ja” Jawab Afifi
      “Wahh sedapnya,nak juga.Eh nak tanya ni,hangpa dapat free call sebab apa ?tak kan besday hangpa kot,dah lepas kan.”tanya Aliya dengan penuh kehairanan.
   “Memang dah lepas.no telefon ni kami daftar guna kad pengenalan mak kami.so harini besday dia la”jelas Afifi sambil gelak.
       “ohh kira harini besday mak hangpa la noh,syok la dapat call free.awat tak call kawan-kawan lain?awek ke? “tanya Aliya.Aliya berasa pelik kenapa mesti Aliya yang dia pilih.
    “mana ada awek la.kami tak dak kawan perempuan yang rapat.lagi satu tak kan la kami nak call kawan-kawan lelaki malam macam ni.” Sepintas lalu Afifi menjawab soalan tu.
        “erkk , hihi iyela .ni hangpa duk kat mana nih?”
    “duk kat luaq rumah ja,kat luaq line tak ganggu.”
Mereka berdua begitu rancak berborak hingga hilang semua rasa malu yang ada dalam diri masing-masing.mereka berborak mengenai apa yang perlu dilakukan sementara menunggu keputusan SPM.Masing-masing rancang untuk mencari pekerjaan.
    “eh nanti lepas SPM hangpa nak buat apa?”tanya Afifi.
         “erm,kami mungkin kerja rasanya sebab cikgu kami ada bagi tawaran kerja sebagai kerani di tempat tuisyen.tapi entah la,tengok gaji and masa bekerja tu dulu la nanti.”jawab Aliya.
    “Wah bagus la dah jumpa kerja,kami ni tak tau la nak kerja kat mana.nak kumpul-kumpul duit nak beli..” sepintas lalu Aliya memotong percakapan Afifi.
         “Nak beli gitar la tu.”pintas Aliya.Sememangnya Afifi gemar bermain gitar dan malah dia seorang guitarist dalam band di sekolahnya.Afifi memang menggemari lagu rock.
    “Eh .. hihi pandai la dia tu.kami nak beli dia punya eksesori gitar and kamere kami tu.”
          “Wah bestnya ada kamere sendiri.kami dah lama dok idam kamere nih,dok kumpul-kumpul duit ja nih.”Kata Aliya.
Mereka juga ada berbincang mengenai masa hadapan.mahu sambung belajar dimana?
     “Aliya,nanti nak sambung belajar dekat mana ?”tanya Afifi.
           “erm,insyaAllah kami nak sambung dekat IPTHO or UITM kos yang kaitan dengan multimedia tu.entah la macam mana nanti.” Dengan penuh semangat Aliya menjawab soalan itu.Sememangnya Aliya begitu semangat untuk sambung belajar selepas SPM ini.Dia ingin menggengam segulung ijazah dengan ilmu penuh didada.
      “Wah semangat betul Aliya nih..ehh Politeknik tak nak mintak ka?kan dekat dengan rumah ja.”tanya Afifi.
            “Itu tak pasti la,mak kami pun suruh kami minta Politeknik tu sebab dekat dengan rumah dan senang sikit kalau ada urusan apa-apa.”
       “Jom la masuk Politeknik,nanti boleh pi kelas sekali,study pun sekali .. tumpang rumah pun dekat,nanti rombongan belarak ke rumah pun dekat “ Ajak Afifi sambil tersenyum didalam talian.Aliya betul-betul terkejut dengan kata-kata Afifi tu,tambah-tambah suara Afifi begitu serius bila bercakap soal itu,hati Aliya sudah mula berdebar-debar.Betul ke apa yang aku dengar nih? Bisik Aliya sambil tersenyum.Aliya.. Aliya
             “Erkk.. hihi betul jugakan .. macam best ja.Nanti kalau ada apa-apa masalah boleh bincang sama-sama kan.” Hanya itu yang mampu Aliya katakan.Dari apa yang Afifi katakan sebentar tadi telah pun membuatkan Aliya menjadi malu semula.
        “Haa .. tau tak pa.ehh ni duk kat mana nih?”
              “kami dok kat luar bilik wad.”
        “tak bahaya ke dok sorang-sorang nih.” Pintas Afifi dengan lajunya terus tanya.Gayanya seperti risau Aliya duduk berseorangan lewat-lewat malam begini.
         “tak dak laa,ni kami duk dekat dengan kaunter ja,lagi pun ramai jururawat tu.”
Apabila kedua-duanya diam,tiba-tiba Aliya bersuara ..
         “ehh kejap .. kejap .. “ tiba-tiba ada seorang gurd lelaki berjalan dengan perlahan melalui dihadapan Aliya.Aliya hanya menunduk rapat.
     “awat ni,pasaipa?” Afifi tahu Aliya seperti dalam keadaan cemas.
         “take dak apa la ,pack gurd lalu tadi,huhu takot2.”jawab Aliya selepas gurd hilang dari pandangannya.
      “laa,hangpa pi la masuk dalam bilik,bahaya dok kat luar tu.”arah Afifi.nampak Afifi begitu risaukan Aliya.
          “Eh,tak pa la,pak gurd tu dah tak dak.hihi takut betul tadi,dah la laki.”jawab si Aliya.
      “Eh tak takut ka dok sorang-sorang tu ? dah la dalam hospital .. hihi “sempat lagi Afifi mengusik Aliya.
           “iee saja kan nak mengusik orang,orang tak takut pun la.”jawab Aliya sambil menoleh kanan dan kiri memandang ruangan yang sunyi dan kosong.Takut juga kalau ada sesuatu.
Hampir 3 jam Aliya dan Afifi berbual ditalian.Bila masuk saja jam 3 pagi Aliya membuat keputusan untuk berundur diri kerana bimbang mama didalam bilik pikir apa yang Aliya buat lama-lama diluar ini.Tetapi didalam hati dia rasa tidak mahu menamatkan perbualan ini kerana masih tidak puas berborak dengan Afifi.
Semasa didalam bilik,Aliya tidak dapat melelapkan matanya,didalam fikiran dia hanya teringat akan perbualan dia dengan Afifi sebentar tadi.Aliya teringat akan kata-kata Afifi yang dikeluarkan secara spontan itu.Tersenyum dia apabila teringatkan itu.
 “Eh,kenapa dia kata macam tu,nak belajar di politeknik sekali?pi kelas sekali?rumah dekat nanti boleh rombongan berarak dekat? Ehh apa semua nih,ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku ka?lepas tu dia risau aku bila duduk sorang-sorang.kenapa ye?apa dia suka aku?”Macam-macam andaian yang berlegar di pemikiran Aliya.Tetapi dalam masa yang sama Aliya juga gembira dengan hal itu,tambahan tadi dia tidak mahu menamatkan perbualan mereka.Apa Aliya suka pada Afifi ?
Aliya masih juga tidak boleh melelapkan matanya.Suhu didalam bilik itu terlalu sejuk,dia tidak tahu mengawal suhu itu.Akhirnya dia membuat keputusan untuk memanaskan air dan minum untuk menghilangkan rasa sejuk itu.Memang pada malam itu dia tidak boleh tidur juga,dia hanya berbaring diatas kerusi malas yang disediakan diselimuti dengan kain tuala,malah dia sudah memakai baju sejuk dan dibaluti dengan  selendangnya tapi tetap sejuk.Dia juga mengambil kain batik kepunyaan mama untuk menutupi tubuhnya.Begitu banyak sekali kain yang diperlukan untuk menghilangkan rasa sejuk itu tapi tetap tidak berbaloi.Akhirnya dia terlelap juga dengan keadaan sejuk,badannya menggeletar sepanjang malam itu.
Pada keesokan paginya jururawat mulakan kerja dengan melawat setiap pesakit.Tiba-tiba Aliya terkejut dan terus terbangun kerana matanya diterangi dengan lampu bilik,tetapi dia tetap tidur kerana semalaman dia tidak boleh melelapkan matanya.Jururawat yang melihat keadaan Aliya yang berpeluk tubuh itu terus berkata.
        “ Sejuk ka ? “ dan jururawat itu terus menuju kearah alat kawalan pengahawa dingin itu.Aliya membuka matanya perlahan-lahan dan melihat dari jauh jururawat itu.
        “laa kat situ ka nak adjust aircon..kenapa la semalam aku tak cari.”Aliya terus berkata dalam hatinya.Dia berasa dirinya agak bodoh kerana tidak mencari alat kawalan itu.Akhirnya suhu didalam  bilik itu kembali sederhana dan Aliya dapat melelapkan matanya.
     Dalam beberapa jam Aliya tidur akhirnya bangun untuk membersihkan dirinya.selepas saja makan sarapan nasi lemak dibawa oleh abah,Aliya dan mama menonton televisyen yang disediakan di penjuru katil.Mama yang sedang berehat diatas kerusi malas,Aliya pula mengambil kesempatan untuk tidur diatas katil.
       “wahh,syoknya boleh tidur atas katil,semalam tak puas tidur atas kerusi malas tu.Rasa macam pesakit pulak bila tidur atas ni.”kata Aliya kepada mama.Selang beberapa jam seorang doktor lelaki yang agak tua masuk kedalam bilik itu untuk membuat pemeriksaan.
        “Eh mana satu pesakit ni?”kata doktor itu kepada Aliya sambil tersenyum.Aliya yang dengar itu terus bangun dan turun dari katil itu sambil senyum.Mama kembali duduk diatas katil untuk pemeriksaan.
Sesudah saja pemeriksaan oleh doktor tersebut,doktor member khabar berita yang mama boleh pulang ke rumah hari ini.Seronok sangat sebab mama dah sihat dan boleh pulang ke rumah semula.
Aliya mula terfikir akan keesokan harinya kerana esok ialah hari lahir kekasihnya Irfan,Aliya mula memikirkan rancangan jahat untuk mengenakan kekasihnya sebelum tepat pukul 12 malam ini.Sebelum itu Afifi sempat menghubungi Aliya sebelum panggilan percumanya tamat pada pukul 12.
        “Assalamualaikum , duk buat apa tu ? “ sapa Aliya .
    “Wasalam , tak dak buat apa pun , duk lepak kat rumah Asyraf nih.Mai la ratah lauk lebih kenduri tadi.haha .. mai tak kenduri tadi“gelak si Afifi. Aliya lupa yang hari ini ada kenduri di rumah jiran belakang rumahnya,Asyraf.Dia tidak dapat hadir kerana hujan disiang hari.
        “ouhh , tak pa la,terima kasih ja.hihi tak pun,tadi siang kami call hangpa banyak kali duk kata nak ajak sekali la pi kenduri,hangpa tak jawab pun,lagi pun tak pa la dah hujan,nak pi macam mana kan.”jawab Aliya.
     “Ouh sori,siang tadi kami sibuk sikit,tak perasan yang hangpa call.” Jawab Afifi  sambil makan ayam masak merah kenduri tadi. “ehh hangpa,haritu kan kami ada keluar dengan member pi main bowling,tiba-tiba terdengar lagu ‘Aku Suka Dia’.kami duk terdiam sat sebab mcam pernah dengar lagu tu.member kami pun sampai tegur pasaipa kami duk terdiam.kami duk sat pastu baru teringat lagu tu ada dalam blog hangpa.bila dengar lagu tu teringat kat hangpa.”sambung Afifi.
          “eh yeke,dengar lagu tu teringat kat kami ka ?” sakat Aliya.Dalam hati lia dah berbunga-bunga dah.
      “eh tak,bila dengar lagu tu teringat kat blog hangpa .. hihi “lantas Afifi pun menjawab .
           “eleh .. blog kami pun kira kami juga .. haha “ gelak Aliya.
      “tak .. tak .. kami teringat kat blog hangpa la ..”elak Afifi.
           “yelaa , apa-apa jela . tak nak ngaku sudah . eh hangpa,satgi kami nak prepare suprise untuk pakwe kami satgi,esok dah birthday dia.so sebelum tu nak kenakan dia cukup-cukup dulu la.”
      “wah,nak pekena macam mana tu?” tanya Afifi.
           “ehh rahsia laa , mana boleh bagitau.”
      “haha iya laa , tak pa la,hangpa pi la uruskan pakwe hangpa tu dulu,kami nak balik rumah dah ni.”
          “hihi ok , sorry tau . Assalamualaikum.”
      “wasalam .. “
Aliya mula memikirkan rancangan untuk memperkenakan kekasihnya itu.Dia rancang untuk menuduh Irfan curang dengannya dan marah-marah si Irfan tu.Akhirnya sebelum jam pukul 12 malam,Aliya berjaya menjalankan rancangannya.Reaksi Irfan masa itu memang terkejut tahap teruk.Dalam fikiran Aliya “harini hari aku,esok hari dia pulak.”Aliya yakin bila tiba masa hari jadi Aliya pula,Irfan akan melakukan perkara yang sama iaitu kenakan Aliya cukup-cukup.Pada malam itu Aliya banyak menghabiskan masa berborak dengan Irfan di telefon.Mereka banyak berborak mengenai pelajaran masing-masing dan persediaan untuk menduduki peperiksaan.
    Peperiksaan SPM  pun sudah bermula,setiap hari Aliya hanya menumpukan perhatian pada buku.Aliya mempunya target 5A  dan 4B didalam SPM.Dia ingin bersungguh dan ingin menyambung pelajar di university dan ingin sekali menggenggam segulung ijazah.Hampir sebulan peperiksaan SPM dijalankan.Beberapa hari sebelum berakhirnya peperiksaan,Aliya dan rakan-rakannya mempunyai rancangan untuk hari akhir peperiksaan tersebut.
      “Wei nak tak hari last kita bergambar ramai-ramai untuk budak Multimedia.”Rancang Aliya.
           “haa boleh jugak , kan hari last kita kat sekolah , hari kita berpisah .. “ jawab Ainal.
      “haa kita bawak la , pen maker , kita conteng baju sekolah nak , nak autograf masing-masing .“Kata Aliya pada rakan-rakannya yang lain.Semua rakan sekelasnya setuju dengan rancangan yang dirancang oleh Aliya.Sebelum kertas terakhir iaitu produksi multimedia,mereka diberi cuti selama seminggu untuk matapelajaran yang lain dulu sebab itu la peperiksaan SPM mengambil masa 1 bulan kerana terdapat banyak subjek.Pada masa itu Afifi sudah tamat peperiksaannya,bak kata orang dekat Malaysia ni kira sudah merdeka.Dia memulakan pekerjaan disebuah kedai hadiah dan cendera mata.Pada masa cuti itu,Aliya masih lagi mempunya 1 kelas tambahan iaitu saubjek terakhirnya.Selesai saja kelas tambahan,Aliya mengajak tiga rakannya untuk pergi ke pecan semata-mata nak nak tengok Afifi bekerja,sambil-sambil tu boleh la Aliya mengambil kesempatan untuk berborak dan bertentang mata dengan Afifi walaupun sekejap.Setibanya didepan kedai Afifi,Aliya sudah nampak Afifi sedang mencuci pintu kaca depan kedai itu dengan memakai apron ‘domo kun’.Memang comel.Hati Aliya apabila ternampak Afifi terus berdebar-debar,dia jadi agak panik.Apa makna semua ini ..
      “wei,tu dia .. dia duk tengah lap tingkap tu .. “Aliya dengan gelabah terus memusing ke arah rakanya takut Afifi nampak dia.Rakannya yang belum pernah melihat Afifi terus memandang ke arah lelaki itu.
           “ouh,yang tu ka..haha pakai apron domo kun,cute sungguh.”
       “apa pelan kita sekarang nih,kita nak pi makan cool blog kan,kita pi kat dia dulu,lepastu sehala dengan kedai cool blog.”Rancang Aliya.
            “ok,jom.”Ajak rakannya.
Semasa berjalan,Aliya begitu berhati-hati takut Afifi menoleh ke arah belakang.Dengan perlahannya Aliya berjalan ke arah Afifi yang sibuk mencuci tingkap.Aliya tersenyum keseronokkan dibelakang Afifi sambil berkata dengan kuat..
        “Assalamualaikum , rajin buat kerja .”Sapa Aliya.Rakan-rakanya yang lain hanya ketawa perlahan.Afifi pun menoleh ke belakang.
             “eh Aliya,waalaikumusalam..awai mai,kedai pun baru nak buka nih.Biasa la nama pun kerjakan .”jawab Afifi dengan keadaan terkejut.Terkejut apabila Aliya berdiri dibelakangnya.
        “hihi tau,saja nak mai ronda-ronda dulu,kami nak pi cool blog dulu satgi baru kami mai kat hangpa na.”Jelas Aliya.
         “ouh,ok .. pi la dulu,kedai ni buka pukul 11.”Kata Afifi sambil memandang kearah Aliya.
    “ok,kami pi dulu noh.but the way,cantik apron tu.”kata Aliya sambil berjalan.
         “eh,mana ada laa .. “jawab Afifi sambil ketawa.
    Semasa di kedai cool blog,Aliya dan rakanya membuat pesanan cool blog berperisa coklat bersama biskut oreo.Apabila sudah siap mereka pun membuat bayaran dan lepak sekejap didalam kedai itu.Aliya pada masa itu tidak dapat menghabiskannya.Bila dah jumpa Afifi,segala-galanya bertukar.Aliya sendiri yang teringin sangat makan cool blog itu,tapi berubah pula.Bak kata orang,makan pun tak lalu.Sedang dilamun angau ke Aliya sekarang ini.Aliya..Aliya ..
    Selepas beberapa minit mereka lepak didalam kedai itu,mereka keluar dan menuju kearah kedai yang Afifi sedang bekerja itu.Dengan menarik nafas yang panjang,Aliya pun melangkah kaki kedalam kedai itu.Aliya dengan perlahan-lahan mencari kelibat Afifi,tapi tiada.Mungkin dia berada di tingkat atas.Sampai saja di tingkat atas,Aliya dengan perlahan menjengukkan kepalanya melihat suasana di atas,sunyi sepi.Dia ternampak satu ruang yang dipenuhi dengan tedy bear,dia terus ke arah situ.Sedang dia dan rakannya melihat-lihat diruang itu,muncul satu suara dibelakangnya yang dia kenal sangat-sangat.
      “Ya boleh saya bantu,cik nak beli apa?”.Aliya terus menoleh dan sekarang Afifi betul-betul berada di depan dia,ini membuatkan jantungnya mula berdegup dengan kencang.
            “Eh hihi .. berap nih?boleh bagi murah tak ?”Aliya dengan teragak-agak terus bersuara.
      “Ouh yang ni,murah saja .nak murah ka ?maafla ini bukan kedai saya.kalau saya tauke boleh kasi murah.”Ketawa si Afifi.
            “Haha yolee .. tak pa,tak mau beli pun.”
      “hihi hangpa tengok-tengok la dulu,kami nak pi layan customer sat.lagi pun tak leh sembang lama-lama,tengok tu cctv ada ja tu.kantoi nanti.”kata Afifi sambil matanya seolah-olah menunjuk kearah cctv.
            “ok ,pi la buat kerja dulu , kami nak tengok-tengok dulu.”
Selepas  saja Afifi pergi Aliya berkata pada rakan-rakanya. “laa ada cctv ka?huhu susah macam ni.”
Mereka terus berjalan kearah bahagian lain.ternyata terdapat beraneka barang didalam kedai ini,Aliya tertumpu pada bahagian selendang kerana dia betul-betul meminati selendang.Alangkah terkejutnya berhadapan dengan selendang terdapat bahagian pakaian wanita,memang memalukan betul la.
“Haa,Afifi jaga bahagian ni juga ka ? haha malunya ..”Kata Aliya pada rakannya,mereke bergelak ketawa di atas tu.Memang agak lama dia berada di atas tu,dia hanya ingin berbual dengan Afifi tapi didalam pemikirannya apa kata pelayan yang lain pula jika dia berada lama di situ dan tidak membeli apa-apa pun.Jadi dia membuat cadangan untuk membeli selendang.
       “Hang nak beli apa Aliya,dah lama kita ada kat sini,satu barang pun tak jumpa lagi.”Kata rakannya.
            “Aku nak beli selendang la,kat rumah baru ada dua helai.Tengok kat sini pun lawa-lawa jugak.”Dalam pemikirannya dia tidak mahu pulang lagi kerana tidak puas bertemu dengan Afifi.
Aliya kalau membeli belah memang berjam-jam,dia tidak tahu memilih mana satu yang terbaik dan dia memerlukan cadangan orang lain.Dia bertanyakan kawan-kawannya mana satu selendang yang cantik.Macam-macam jenis mereka tunjuk pada Aliya,warna hitam,koko,krim dan lain-lain.Aliya dah buntu.Tidak lama kemudian Afifi datang padanya.Rakan-rakannya yang lain berada dibahagian lain.
        “Nak beli yang tu ka ? cantik gak.”
             “Eh,hihi tak tau laa,tak tau mana yang cantik.” Sememangnya Aliya ingin Afifi datang padanya.
         “Hangpa nak pakai buat selendang ka?” Tanya Afifi.Soalan pelik yang ditujukan pada Aliya.Afifi tak tahu ka yang ini selendang.
              “ye selendang la,kat rumah dah ada dua.Warna hitam and kelabu.tengok yang hitam ni cantik gak,corak kotak-kotak.” Jawab Aliya.
          “Ambik la koko ni,cantik pa.Hitam hangpa dah ada kan.” Afifi mengambil selendang berwarna koko bercorak kotak-kotak itu dan beri pada Aliya.Tiba-tiba terdengar beberapa suara yang berada di bahagian belakang.
     “Ehem .. ehem .. ehem ..” Rakan-rakan Aliya sempat lagi mengusik mereke berdua.Aliya dan Afifi hanya tersenyum.
 Aliya mengambil selendang itu dan membelek-belek selendang itu agar tiada apa-apa yang kurang.Dalam hatinya berkata.
              “Tak pa lah,aku beli je lah selendang ni,sekurang-kurangnya ada juga benda yang dia tolong pilih untuk aku dan aku boleh simpan sebagai kenangan aku.”
           “Hey,baru balik dari sekolah ke ?Orang dah merdeka lama dah la,dia belum lagi.”Tanya Afifi apabila baru sedar yang Aliya memakai baju t-shirt sekolahnya.Sempat lagi Afifi bergurau.
               “ye,baru balik dari tusyen kat sekolah.Iee biar laa”Jawab Aliya yang hanya tersenyum.”Kami nak beli selendang ni.” Kata Aliya lagi.Dia rasa tiba masanya dia perlu meninggalkan kedai itu,takut orang lain kata apa pula.
            “OK,hangpa pi kat kaunter bawah tu ok.Kami kena jaga atas ni.”Arah Afifi.
Aliya pun berjalan menuju ke tangga. “OK,kami pi dulu nah,nanti kami datang kacau hangpa lagi.”Kata Aliya.
             “Ok balik elok-elok na,Assalamualaikum.”Pesan Afifi.Aliya begitu kenal dengan sikap Afifi tak kira diawal pertemuan atau akhir pasti Afifi akan memulakan dan berakhir dengan memberi salam,Aliya pula terasa malu kerana dia tidak berbuat begitu.Aliya kagum dengan sikap Afifi.
Apabila sampai saja dirumah,Aliya terus mengambil selendang itu dan ditenungnya lama-lama sambil tersenyum. “Selendang ni la boleh menjadi kenangan aku dan dia ,menjadi tanda ingatan aku kat dia.” Kata Aliya.
Malam sebelum hari terakhir peperiksaan itu Aliya ada terfikir akan rancangan untuk esok.Iaitu aktiviti menangkap gambar beramai-ramai dan aktiviti gila mereka iaitu menyonteng pakaian sekolah.
       “ehh esok aku nak ambil gambar semua orang , kalau aku yang ambil,gambar aku tak ada la,kena cari kaki kamere ni , ape nama dia tripod .. yess tripod , perasan dalam kotak kemere ada tripod tu .” Aliya terus mencari kotak kamere tu.
       “alamak ,ada tapi pendek pulak ,nak buat macam mana ni,esok nak ambik gambar dah.” Dia mula fikir nak pinjam dekat siapa tripod tu.Dia mula ingat yang Afifi pun gila camera juga.Dia rancang untuk tanya pada Afifi samada Afifi ada tripod itu atau tidak.Aliya menghubungi Afifi ..
       “Assalamualaikum ,hangpa duk kat mana nih ?”tanya Aliya.
            “kami baru nak balik dari kerja nih,awat?”
       “Kami nak tanya nih,hangpa ada tak tripod kamere punya tuh?”
             “ada ja,awat ?”
       “hihi nak pinjam boleh,dia sesuai dengan semua kamere ke ?”tanya Aliya.
             “ouh boleh ja,hangpa guna Nikon kan,boleh kot.nak bila ?”
       “erk,kami nak guna esok.esok last exam.macam mana ye?”
             “ouh tak pa,satgi lepas kami solat magrib kami pi hantaq kat rumah hangpa.”Dengan selambanya Afifi jawab.
       “Eh betoi ka nih,nak mai rumah kami ka?”Aliya jadi tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Afifi sebentar tadi.
              “yela,ni ada kat rumah ka ?”
       “ya,ada kat rumah.”
              “Ok satgi kami pi hantaq.”
Aliya tak percaya yang Afifi akan datang ke rumahnya untuk menghantar tripod tu.Tak takut ke mamat ni.Selalunya kalau kawan-kawan nak datang rumah tanya dulu mak ayah ok tak,takut nanti kena marah.Yang dia biasa ja,dah la malam-malam,berani betul.
Aliya terus memberitahu mama yang Afifi akan datang ke rumah untuk menghantar tripod.Reaksi mama baik-baik saja.Selepas solat magrib jantung Aliya mula berdegup dengan kencang,dia menunggu kedatangan Afifi.Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi motor masuk di kawasan rumahnya.Dia pun membuka pintu,orang itu ialah Afifi.Afifi memberi salam.
   “Assalamualaikum ..”
       “Waalaikumusalam.”Jawab Aliya sambil tersenyum.Pada malam itu dia mengenakan t-shirt lengan panjang dan skirt labuh.Di atas kepala hanya ditutupi dengan kain tuala.Aliya berjalan menuju ke arah Afifi sambil membawa kamerenya.
       “tolong ajaq macam mana nak pasang benda nih,tak pandai la.”Arah Aliya pada Afifi.
    “Ni ka camera hangpa,wahh .. cun laa .. “
        “cun apanya , tak best kalau zoom tak boleh pulas2,dia ada butang dia.”
    “ye ka , mana,nak zoom camna ?”Afifi menanyakan Aliya dimana butang zoom  itu.
Aliya terus menunjukkan butang zoom pada camera yang dipegang oleh Afifi.
         “ouh,ok pa.. ni cara nak pasang dia macam ni.”Afifi terus menunjukkan cara memasang tripod itu.
         “boleh tak ni ?”
     “boleh la kot,tak pa satgi kami cuba pasang dalam rumah.tak mau masuk dulu ka ?”
          “masuk minum kopi ka ?” Tanya Afifi.
     “haha boleh aihh , mai la .”
          “lawak ja,satgi mak ayah kata apa lak,tak pa la,kami balik dulu,satgi nak pi sambung kerja balik,ni pun balik rehat ja.”
      “ok laa , terima kasih na .. “
          “ok jom,Assalamualaikum ..”
      “waalaikumusalam .. “ kedua-duanya melambaikan tangan ..

       Keesokan harinya,hari yang dinanti-nantikan dan hari yang mengembirakan bagi pelajar SPM iaitu hari terakhir mereka menjawab peperiksaan.Apa yang dirancangkan oleh Aliya dan rakan sekelasnya berjaya.Mereka mengambil gambar beramai-ramai bersama cikgu subjek multimedia.Aliya dan rakan-rakan karibnya bergambar mengelilingi kawasan sekolah,gambar-gambar itu akan disimpan sebagai kenangan mereka dimasa akan datang nanti.Selesai saja bergambar dan melakukan aktiviti gila iaitu menyonteng pakaian sekolah,mereka rancang untuk keluar berseronok melepaskan tension menjawab peperiksaan.Mereka rancang untuk pekena tomyam di restoran yang mereka dah lama ingin pergi.
      Pada petang itu Aliya mengenakan sepasang baju blaus bersama seluar jeans.Dia juga memakai selendang yang dibeli tempoh hari di kedai Afifi bekerja.Semasa tiba di restoran tomyam,didapati restorannya belum lagi dibuka,tapi tuannya sudah ada.Jadi mereka membuat keputusan untuk pergi berjalan-jalan dahulu sementara menunggu restoran itu dibuka sepenuhnya.Mereka pergi berjalan-jalan di pasaraya Aneka dan tergerak hati Aliya untuk mengganggu Afifi sekali lagi.

 
       




Apabila saja mahu masuk tahun baru,Mama Aliya telah melahirkan seorang adik lelaki dan pada masa yang sama Irfan mula minta sesuatu pada Aliya,dia ingin berjumpa dengan Aliya.Katanya mahu menghilangkan tekanan dan mahu mendapatkan semangat daripada Aliya sebelum peperiksaan.Aliya mula berasa tertekan dengan keadaan ini.Adiknya yang baru lahir itu berada dalam keadaan tidak sihat,ditahan didalam wad kerana kuningnya meningkat.Malah Irfan mula mendesak untuk berjumpa,Aliya mula tertekan.Aliya lagi mahu menjaga mamanya didalam pantang.Apa Irfan tidak faham akan situasi dia sekarang ini.Aliya sudah mula tidak suka dengan perbuatan Irfan tetapi dia biarkan saja.Dia terpaksa juga berjumpa dengan Irfan untuk kepentingan peperiksaan Irfan nanti,ingin memberi semangat pada Irfan.Apa beginikah cinta ?
      Hubungan Aliya dengan Afifi juga seperti biasa dan semakin rapat.Mereka banyak bertukar cerita,berkongsi masalah bersama.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...