Selasa, 11 Mei 2010

Aku Sayang Abang Senior


kisah aku sayang abang senior ini belum siap sepenuhnya lagi ..



BAB1

       Pada waktu petang yang agak panas terik,Ummi dan Nina berjalan kaki menuju ke dewan makan untuk mengambil air kerana kehausan.Tiba-tiba mereka diterjah oleh seseorang jejaka.
       “Hai yang tinggi-tinggi tu nama apa?”Rupa-rupanya orang itu ialah Abang Am.Terkejut aku dibuatnya.
       Nama sebenar Abang Am ialah Adam Mukhriz.Dia seorang yang peramah dan hensome pulak tu.Kiranya Abang Am ni idola aku dekat sekolah.Abang Am merupakan orang yang  famouse juga disekolah dan diasrama dan menjadi kegilaan budak-budak perempuan di situ.Dia nampak lebih matang dari senior-senior yang lain.
       ‘Hai..perli aku nampak.Mentang-mentang la aku ni tinggi melayup mengalahkan tiang bendera,itu kata orang.Padahal tinggi aku tak sampai tiang bendera pun.’kata Ummi sambil ketawa.Dia tahu,kata-kata dia itu agak keterlaluan.Dia pun tidak menyangka dia boleh berkata begitu dihadapan Abang Am.
       Ummi tidak menjawab pertanyaan Abang Am kerana dia takut Nina akan memarahinya kerana Nina sudah lama meminati Abang Am.
       ‘Sombong nampak.Orang tanya ni,nama ape ?’Abang Am menyoal Ummi sekali lagi kerana Ummi tidak menjawab pertanyaannya tadi.
       Ummi tidak tahu sama ada mahu menjawab soalan itu atau tidak.Tetapi dia akan berasa serba salah jika dia tidak memberitahu namanya kepada Abang Am.Disebabkan Ummi tidak tahan dengan karenah Abang Am yang tidak henti membuat lawak,dia pun menjawab pertanyaan itu.
       ‘ok,nama Ummi Aliya’jawab Ummi dengan ringkas sambil tersenyum.
       ‘eh,apedia..tak dengar la..”kata Abang Am,seolah-seolah dia tidak mendengar apa yang Ummi kata sebentar tadi.
       Dia tahu Abang Am ni sengaja buat-buat tidak dengar.
       “Ishh…nama,Ummi Aliya…ha,dah dengar...”dengan geram dia berkata.Nina yang perasan aku buat begitu,dia terus memandang aku dengan jelingan tajamnya.
       “Ops..sori,Abang Am lawak je tadi..ok,takpe la…Abang Am ada hal ni”pujuk Abang Am lalu dia pun berlalu pergi.
       Wajah Ummi nampak saja macam sedang marah,tetapi dalam hatinya seronok sangat kerana itu buat kali pertamanya dia bersua dengan jejaka kegilaan budak perempuan disitu.Ummi dan Nina meneruskan perjalanan ke dewan makan.
   
 Pada waktu malam yang indah dengan kelipan-kelipan bintang yang memenuhi ruangan langit yang gelap.Karenah Ummi yang seronok tidak terhingga akan kejadian petang tadi membuatkan Ummi tidak dapat melupakan kejadian petang tadi kerana disitulah buat kali pertamanya Ummi berborak dengan Abang Am.Selepas selesainya solat isya’,pelajar asrama akan pergi ke dewan makan untuk makan malam.
       “Anis,Mira….cepat la…kami lapar ni.’Menjerit Ummi dengan sekuatnya kerana tidak sabar untuk makan kerana kelaparan.
       Mereka pun berjalan kaki menuju ke dewan makan.Apabila tiba di pintu dewan makan.
       “Wow..ramainya budak lelaki.itula,kita lambat sangat.Anis,kami malu la nak masuk,dahla ada Abang Am”kata Ummi kepada Anis sambil menyandar di pintu dewan makan.
Tiba-tiba Ummi mendapat satu akal dan terus memandang ke arah Anis sambil senyum umpama kerang busuk.
       “Awat hampa tengok kami.”tanya Anis dengan penuh kehairanan.
       “hehe...Anis....hampa masuk dulu,satgi kami lkut belakang hampa”pujuk Ummi sambil menghayunkan tangan Anis ke kiri dan ke kanan.
       Selepas itu,Anis terus masuk dan diikuti Ummi dengan Mira.


       Mereka diminta beratur untuk mengambil makanan.Tiba-tiba Ummi terdengar satu suara yang sedang menyanyi.Dia kenal sangat dengan suara itu dan lagu itu,ia seakan-akan ada kena mengena dengan dia.
       “eh,itu lagu arab yang tajuk ummi tu.Ish,ni sah ada orang dok ejek aku ni.Aku sorang ja nama Ummi dalam dewan ni.Ish,suara sumbang mana dok nyanyi ni,buat pekak je telinga”kata Ummi sambil mengengam jari jemarinya bagaikan hendak menumbuk orang itu.
       “ish,tak abih-abih lagi ka ni….nak kena ni”kata Ummi sambil menoleh kearah belakang.Tiba-tiba matanya tertumpu pada seseorang lelaki dan matanya sudah bertentangan dengan lelaki itu,dia dapat merasakan yang dia sperti sedang terapung-apung di awangan biru,begitu mengasyikan,rupa-rupanya lelaki itu ialah Abang Am.
       “hehe..Abang Am rupanya.o..dia dah tahu nama aku,dia mula nak  ejek aku.”mereka saling bertentangan mata walaupun berada dalam jarak jauh,mereka sempat membalas senyuman.
       “Ummi!!!”Ummi yang sedang asyik melihat Abang Am,terkejut apabila Mira mengetuk bahunya.
       “woi..terkejut aku,hampa ni kacau line la.’marah Ummi sambil mengosok-gosok bahunya.
       “Ala,sori la.ha,hampa suka dekat Abang Am ke??tanya Mira sambil mengangkat keninnya.
       ‘ye,memang kami suka dekat Abang Am pun.he..boleh la,setakat abang je tak lebih dari tu pun.Tapi jangan bagitau dekat Nina dan kawan-kawan dia tau.Kalau dia tahu,perang sakan la dalam asrama tu.’Ummi memberitahu kepada Mira.
     
Ummi dan rakan-rakannya terus mengambil makanan dan pulang ke surau untuk study.Tepat pada pukul 11.00 malam,mereka segera pulang ke asrama.
       Ketika berada di dalam asrama,Ummi menyuruh Fatin mengejutnya awal pagi esok untuk membersihkan diri bersiap untuk ke sekolah.
       ‘Fatin,esok hampa gerak kami awal sikit.kalau kami tak bangun juga,hampa goncang-goncang la badan kami ni.’arah Ummi kepada Fatin.Sememangnya Fatin seorang sahaja yang diberikan harapan untuk mengejutkan Ummi dan rakan-rakannya.
       ‘okey..jangan risau la’jawab Fatin.Dia segera menguncikan jamnya.
       Ummi segera baring di atas katil sambil memikirkan bagaimana jika Nina dapat tahu yang dia suka dekat Abang Am juga.Mesti Nina akan memarahinya.Terfikir Ummi sambil memejamkan mata sehingga tertidur.
     
BAB 2

Pada keesokan harinya,tepat pada pukul tiga pagi.Fatin segera bangun dari tidur dan terus mengejutkan Ummi yang sedang tidur.Sememangnya kami semua selalu bangun awal untuk mandi supaya tidak berebut bilik air nanti.
       ‘Ummi..Ummi..bangun mandi..’Suara Fatin tiba-tiba menerjah.Bergetar gegendang telingaku.Antara sedar dengan tidak,aku membuka kelopak mata perlahan-lahan namun terasa berat.Setelah menggeliat beberapa kali,aku merebahkan semula tubuhku ke tilam.Kedinginan pagi seakan mendesak agar aku menyambung tidur semula.
       ‘Helo..helo…hampa dah lupa ke..hampa suruh kami kejut hampa.Cepat la,jom pi mandi.’Leter Fatin teman katil bersebelan dengan Ummi.
       Ummi bingkas bangun.Terpinga-pinga dengan keriuhan Fatin.Suaranya nyaring mengalahkan nenek kebayan kehilangan tongkat.
       ‘Eh..aku lupa !Ingatkan hari ni cuti lagi..’Kata Ummi sambil mengosok-gosokkan matanya.
       Dia terus bangun dari katil dan segera mencapai tuala.Walaupun mata masih didodoi rasa mengantuk,dia terus bergegas ke bilik air.
       ‘Fuhh,nasib baik orang tak ramai dalam bilik air.Kalau tidak,jenuh aku tunggu giliran’beleter Ummi ketika berada di dalam bilik air.

       ‘MAK OOIII !!! awat yang sejuk sangat air ni..macam ni aku kena manndi cepat-cepat ni,bukan boleh lama satgi jadi beku macam kat kutub utara pulak’menjerit Ummi.
       ‘Wei Ummi..hang dah nyanyuk ka,ang tengok lani baru pukul berapa..mana nak ada orang lam bilik air ni,depa dok syok tidur lagi tu..’kata Faridah rakanya.

Tidak kurang sepuluh minit,Ummi pun selesai mandi.Dia pun bergegas berlari denagn berkemban naik keatas dengan secepatnya kerana tidak tahan dengan kesejukkan ditiup angin pagi.Dia terus ke almarinya untuk bersiap.
       ‘Ish,Fatin.Belum pukul enam lagi.Kita tidur dulu,satgi bunyi loceng asrama kita bangun baru pakai baju sekolah.’kata Ummi kepada Fatin.
       ‘ok,kami kunci jam kami awal sikit la,tunggu loceng asrama mesti kalut punya.’jelas Fatin kepada Ummi.
       Ini lah rutin harian mereka.Selepas selesainya membersihkan diri,mereka akan sambung tidur semula.
     
Tepat pada pukul 5.30 jam loceng fatin pun berbunyi,Fatin pun bangun dan segera mengejutkan kawan-kawanya.Ummi pun bangun dan segera mencapai baju sekolahnya yang berada di dalam almari untuk di pakai.
       KRIINGGG…..
       Loceng asrama pun berbunyi.ia menunjukkan bahawa pelajar asrama dikehendaki pergi ke surau untuk menunaikan solat subuh.Ummi dan rakan-rakanya segera pergi ke surau untuk menunaikan solat subuh.Selepas selesainya solat subuh berjemaah,Ummi dan rakan-rakanna pergi ke dewan makan untuk sarapan.
       Di sekolah,orang selalu menggelar Ummi sebagai pokok nyiur,galah dan sebagainya.Ini kerana dia budak perempuan paling tinggi di sekolah itu.
       Semasa waktu pembelajaran dijalankan,dia selalu tidur di dalam kelas.Boleh dikatakan setiap hari dia tidur dalam kelas.Itupun time cikgu yang membosankan.Memang pelajar terbaik la Ummi ni.Sememangnya setengah daripada budak asrama memang tidak cukup tidur.
     
Selepas selesainya waktu persekolahan,Ummi terus pulang ke asrama.Sebelah petangnya,dia mengajak Mira untuk menemaninya pergi ke gerai burge berhadapan dengan asrama.Semasa dalam perjalanan,dia ternampak Kak Robi dan Kak Syikin iaitu senior di asrama itu.Mereka sudah berada di gerai itu.Tanpa disedari Abang Am pun ada sama di gerai itu.Dia berasa takut dan tiba-tiba hatinya berdebar-debar,dalam hatinya rasa mahu berpatah balik ke asrama saja.Dengan pelahan Ummi dan Mira berjalan.Abang Am memerhati Ummi sambil menegur dia.
      ‘Ummi,mana stokin,awat tak pakai’ tegur Abang Am dengan serius.Semua orang yang berada di gerai itu memandang aku termasuk Kak Robi dan Kak Syikin.Aku baru perasan yang aku tidak memakai stokin.Aku berasa amat malu semasa berada di situ bagai hendak sembunyi dalam tudung Mira.
      ‘Malunya…amboi,Kak Robi dengan Kak Syikin tak pakai takpa pulak,tak mau tegur pula.’berbisik Ummi kepada Mira.
       Dalam masa yang sama,Kak Robi pergi kepada Abang Am dan dia seperti berkata sesuatu kepada Abang Am.Aku terdengar perbualan mereka berdua.
       ‘Awat hang pi tegur dia.’marah Kak Robi kepada Abang Am.
       ‘la,biarla..aku buat macam tu pun untuk kebaikan adik-adik.’kata Abang Am kepada Kak Robi,Kak Robi terus diam.Aku setuju sangat dengan apa yang Abang Am kata itu.
       .Selepas selesai membeli,aku segera pulang ke asrama dan langsung tidak memandang Abang Am,malu la katakan.
     
BAB3

Beberapa bulan kemudian Ummi dan Abang Am semakin rapat,tiada sesiapa pun yang tahu tentang ini.Abang Am selalu tegur dia,Abang Am baik dengan dia,Abang Am ramah dengan dia dan Abang Am selalu berjenaka dengannya.Ummi seronok sangat apabila dapat berkenalan dengan Abang Am.Dia dapat merasakan betapa seronoknya jika ada abang seperti Abang Am.Adakalanya bila dia sakit,kalau melihat wajah Abang Am,mesti sakit itu akan beransur pulih.Entah la,dia pun tidak tahu kenapa boleh jadi sebegitu.
     
Sekarang Nina sudah ada nombor telefon Abang Am.Tapi bagaimana dia hendak minta pada Nina,mesti Nina akan syak sesuatu pada dia kalau dia minta nombor telefon Abang Am.
       Akhirnya peluang untuk dia mendapatkan nombor telefon Abang Am datang dengan bergolek.Dia ternampak sehelai kertas di atas katil Nina.Dia terus mengambil kertas itu dan ternyata di kertas itu tertulis nombor telefon Abang Am.Dia terus menyalin nombor telefon itu.Dia berasa amat bersyukur kerana sudah mendapat nombor telefon Abang Am.Dia berasa tidak sabar untuk menghubungi Abang Am.

Semasa pulang dari asrama,Ummi terus menghantar mesej kepada Abang Am.
       “Hai..ni abg am ke??”Tanya Ummi.
       “Assalamualaikum,ya ni abg am,ni spa?”balas Abang Am.Alamak malunya,terlupa nak bagi salam dulu.
       ‘Hehe..wasalam,ni cik tinggi’balas Ummi.Dia sengaja meletakkan nama cik tinggi kerana Abang Am selalu mengejeknya dengan panggilan itu.Mungkin Abang Am akan perasan yang itu Ummi.Beberapa minit kemudian barulah Abang Am membalas mesej dia.Mungkin dia terkejut first time Ummi menghantar mesej kepadanya.
       ‘oo..ummi aliya ke…’balas Abang Am.Ummi berasa gembira kerana Abang Am masih ingat akan dia.Ummi dengan lalainya bermesej dengan Abang Am sehingga terlupa nak makan.Tidak lama kemudian,Ummi pun berhenti bermesej dengan Abang Am kerana kreditnya tidak mencukupi.Boleh dikatakan setiap hari dia bermesej dengan Abang Am.
     
Hari ini mama aku pergi berniaga di bazar ramadhan,aku tidak pergi bersama dengan mama kerana perlu menjaga adik di rumah.Selepas solat asar,aku menghantar mesej kepada Abang Am,dia bertanyakan khabar Abang Am.
       ‘Sihat,aik ummi ni klau dlam nfon berani plak ckap ye,klau kt dpan tengok pun tak berani.’balas Abang Am.Memang betul kata Abang Am,sebenarnya aku malu nak berdepan dengan Abang Am,apatah lagi bercakap dengan Abang Am,lagi la aku malu.Dalam masa yang sama,aku juga takut kalau-kalau Nina nampak aku semakin rapat dengan Abang Am.
       ‘Sebenarnya kami takut nak tengok dan bersembang dengan abg am sebab nina selalu perhatikan kami.betul ke abg am ambil dia sbagai adik angkat ?’dengan berani Ummi bertanya kepada Abang Am.
       ‘Alah,yang dia dah ada abg kalut nak ambil abg am jadi abg pasaipa’
Nah,kan dah kena.Kalau Nina tahu Abang Am kata begini kepada dia,mesti dia marah.Seronoknya bila dapat tahu perkara yang sebenarnya.
       ‘Dakla,nina kata abg am ambik dia sebagai adik angkat.’
       ‘Ha..ha..abg am tak pernah ambil sapa-sapa pun jadi adik angkat abg am.ummi ni tak dak abang ke ?’tanya Abang Am.
       ‘Ummi mana ada abang.kak ada la.’
       ‘Oo…takpa la,abg am kan ada,jgn takut la.’kata Abang Am.Ummi sungguh hairan dengan kata-kata Abang Am,kenapa Abang Am berkata begitu,apakah maksud disebalik kata-kata Abang Am itu.
       ‘nfon abg am boleh hantar gmbar tak?’tanya Ummi.Dia ingin menyuruh Abang Am menghantar gambar kepada nya.
       ‘Tak boleh la adik..nfon yang boleh hantar gambar ustaz Bustomi pinjam.’kata Abang Am.Kenapa Abang Am panggil aku adik,pelik juga kan,terfikir Ummi sejenak.Ala..ustaz pinjam ke,ke kena rampas.Kata Ummi sambil ketawa.
       ‘Abg am boleh bawa nfon kat asrama ke?’
       ‘Boleh bawak.kenapa,nak gambar abg am ke,kalau nak tengok saja boleh,nanti abg am bawak pi asrama.tpi adik dengn kawan rapat je boleh tengok,orang lain tak boleh,’jelas Abang Am.
       ‘Ok la…’jawab aku dengan ringkas.
       ‘Ehm..eh,adik busuk,abg am nak pi solat jap.tunggu sat noh..’kata Abang Am.Ekeleh,busuk sangat ka aku ni.Abang Am ni memang nak kena.
        ‘Kami mana busuk pun,pandai-pandai je kata kat orang.’
        ‘Hehehe..adik busuk ni dah solat ke?’
        “Dah.abg am,boleh tak kami bawak nfon kat asrma?”tanya Ummi.dia ingin membawa telefon ke asrama kerana dia tidak puas berhubung dengan Abang Am.
        “Bawak la,tapi pandai-pandai jaga.nanti tak leh meseg dah.kenapa guna bhasa kami?”kata Abang Am.Aku tidak memahami apa maksud Abang Am itu.
        “Apa?kami tak paham la apa yang abg am ckap ni..”kata Ummi.
        “Tak boleh ke bahasakan diri sebagai adik,baru mesra.?”perjelas Abang Am kepada Ummi.
        “Yela abg am,kami akan bhasakan diri kami ni sebagai adik ye.”
        “Eehhh,tak btol tu...mcam ni,adik akan bahasakan diri adik sebagai adik.Ha,yang ni baru btol.”
        “Yela.”jawab Ummi dengan ringkasnya.
        “Ha,mcam tu la..adik tak pergi tolng ibu,dah nk berbuka dh ni.”
        “Oih..lupa la plak.ok la,ayah dah panggil ni.salam.”Dia pun pergi ke dapur untuk menyediakan hidangan berbuka.



BAB4

Cuti persekolan sudah tamat.Pada malam isnin aku akan pulang ke asrama,kerana berbuka puasa di rumah.Semasa dalam perjalanan,aku menghantar mesej kepada Abang Am.Aku memberitahu Abang Am yang aku hendak membawa telefon bimbit ke asrama.Abang Am pun balas...
       “Ha,ingat..dah pikir habis ke.kalau bawak nfon tu,jaga leklok,nanti tak dapat mesej dengan abg am dah.”Nasihat Abang Am kepada Ummi.
       “Yela abg am oii...”
       “Jangan main-main sangat nfon tu..klau nak mesej dengan abg am tengah malam pun tak apa,asalkan slamat.”
Nasihat Abang Am kepada Ummi,Abang Am takut nanti kalau-kalau telefon aku kena rampas oleh warden asrama.Sayang juga Abang Am dekat aku ye.Kata Ummi dengan penuh keseronokkan.
       “Baiklah bos...abg am bawak tau album abg am nanti.”
       “Ok,satgi abg am bawak ye.”jawab Abang Am dengan ringkas.
       “Adik nak ambik gambar abg am boleh tak??”tanya Ummi dengan penuh berharap.Dia teringin sangat hendak mengambil gambar Abang Am,kalau boleh dia ingin bergambar bersama dengan Abang Am.
     


      “Yeke..tak mau laa..malu la.nanti abg am bagi album,tangkap la puas-puas.”
Ehh,ada ka pula suruh aku tangkap gambar dekat album.Mana orii..Kata Ummi dengan penuh kekecewaan.
     “Alaa..nak malu buat apa,abg am kan pakai baju..kalau malu pun,tutup je mata tu.haha..”lawak Ummi dengan spontannya.
       “Yela..yela.pandai la dia tu buat lawak.nanti adik amik gambar abg am ye.”akhirnya berjaya juga.Seronoknya,tak sabar aku nak mengambil gambar Abang Am.

Apabila aku tiba di asrama,kelihatan semua pelajar asrama sedang menunaikan solat terawih.Aku terus mengangkat barang aku kedalam asrama.Selepas itu aku terus pergi kepada mama dan abah untuk bersalaman.Selepas berjumpa dengan mama dan abah,aku terus menuju ke surau untuk menunaikan solat isyak.Selepas itu aku dan rakan-rakan aku terus ke dewan makan untuk minum malam.Apabila tiba di dewan,aku terus mencari Abang Am.Malangnya aku tidak menjumpainya.
      “Mana Abang Am ni,tak nampak pun.”kata Ummi kepada Mira ketika berada di dalam dewan makan.
      “la,tak datang lagi kot.Awat yang tiba-tiba cari Abang Am ni??Ada apa-apa ke??”tanya Mira sambil tersenyum.
      “Hehe tak dak apa-apa la.”kata Ummi sambil menggaru-garu kepalanya.
      “Yeke ni,ni mesti ada sesuatu yang kami tak tahu ni.Bagi tahu la,kami nak tahu juga.”merayu Mira kepada Ummi.Dia ingin tahu apa yang ada di dalam fikiran Ummi sekarang ni.
      “Sebenarnya kami sekarang ni sudah berhubung dengan Abang Am.Sekarang ni juga kami ada bawa telefon bimbit.”kata Ummi dengan seriusnya.
      “Woww...hampa tak takut kena rampas ke??”tanya Mira dengan kagetnya.
      “Setakat ni takut la juga.Ala sembunyi-sembunyi jela.Kalau tak pecahkan mulut tu,telefon ni tak la kena rampas.So,jangan la cerita dekat orang lain pula.”nasihat Ummi kepada Mira.

Ummi menceritakan apa yang berlaku diantara dia dengan Abang Am semasa cuti hari itu kepada Mira.Bagi dia,Mira ialah tempat untuk dia mengadu kasih dan bergurau senda.Kalau tiada Mira,tiadala tempat untuk mengadu dan bergurau senda.
     Apabila sudah sampai waktu tidur,sedang pelajar lain melelapkan mata,Ummi masih lagi tidak tidur.Dia mengambil kesempatan untuk bermesej dengan Abang Am.
     “Hai,dok buat apa tu.lani abg am dok kat mana?”
     “lani abg am dok kat umah pak lang kat sanglang,dok tengok cerita hindustan ni..best....”jawab Abang Am.
     “Iee,bestnya.tajuk apa?”tanya Ummi dengan penuh gembira.
     “Aik,adik pun minat juga ye.tajuk dia tum ko na bhool payenge..bestt...”jawab Abang Am.
     “Mestila adik minat,sebab hero depa hensome..”
     “Macam abg am kan?hehe..”jawab Abang Am dengan banganya.
     “Yela,abg am kan hensome macam hero dia.”
     “Yeka,heroin pula sapa?”tanya Abang Am.
     “Heroin abg am...nina la.”gelak hati Ummi ketika menaip meseg ini.
     “Arghh..hahaha...apa la adik ni,dia bukan heroin,dia penjahat.”jawab Abang Am.Ummi sedikit ketawa dengan apa yang Abang Am balas kepadanya.
    “Hehe...habis tu,heroin abg am sapa?”tanya Ummi.Dia sengaja buat-buat tidak tahu siapa buah hati Abang Am.Padahal buah hati Abang Am itu ialah Kak Adilah.Aku dapat tahu yang buah hati Abang Am ni Kak Adilah pun semasa budak kelas aku mengejek Abang Am dengan memanggil nama Kak Adilah.Mereka memang sepadan,bagai pinang di belah dua,sama padan,sama tinggi,warna kulit sama malah wajah mereka seakan-akan sama.
      “Heroin abg am adalaa..”jawab Abang Am.Dia tidak mahu memberitahu pada aku,padahal aku sudah mengetahuinya.
      “Ha,heroin abg am kak adilah kan??”dengan spontannya Ummi terus menjawab.
      “Aik,adik tahu macam mana ni??nak kena ni.”tanya Abang Am.Dia agak terkejut kerana aku dapat tahu siapa buah hatinya itu.
      “Hahaaa....ada utusan sampai dalam mimpi adik,dia kata buah hati abg am ni kak adilah..haha,lawak ja.adik tahu sendiri la.”jawab Ummi dengan lawaknya.
      “Eh,boleh pulak dia buat lawak tengah-tengah malam ni..erm,adik bucuk abg am ni nk tido pkul brapa,yang lain dah tido ke?”
      “Hehe,tak tahu lagi la nak tido pukul berapa.Erm, yang lain tu ada yang tido ada yang dok bergayut.”
      “Gayut??monyek ka..ish..ish..ish..”tanya Abang Am.Abang Am ni sengaja buat-buat tidak tahu.
      “La..bukan monyek..depa dok sembang dengan buah hati depa dalam telefon la...adooiii..itu pun tak faham ke..”
      “hehe..saje buat-buat tak tahu.adik abg am ni tak de pakwe ke,maklum la semuanya pendek kan.susah nak cari lelaki yang tinggi sekarang ni.”
      “ada..tapi pendek dari adik la”kata Ummi..Ummi berasa agak malu kerna teman lelakinya agak pendek darinya.Tapi dia tidak kisah apa yang orang akan cakap kerna baginya cinta itu tidak kenal tinggi rendah,paras rupa dan pangkat darjat,yang pentingnya ialah hati yang ikhlas.
      “itu la..eh,len kali cari yang tinggi dari adik.tngok abg am dngan akak,abg am tinggi sikit dari dia.”
      “emmm...perli nampak”kata Ummi dengan gaya yang sedih.
      “hehe...”gelak Abang Am.”sapa dia tu?sekolah mane?”tanya Abang Am.
      “Mukmin,sekolah dekat sanglang.”jawab Ummi dengan ringkasnya.
      “Mukmin ubat gigi tu ka?hehe”peli Abang Am..Arggghh,aku tak hirau orang nak kata apa pun.”adik,sori..nanti kita meseg lain ye,kredit abg am tak berapa ada ni.adik tidur elok-elok ye,baca doa,zikir dan last zzz..”
Aku berharap esok hari Abang Am akan hadir ke sekolah.
Nampaknya apa yang aku hajati semalam tidak tercapai.Puas aku mencari Abang Am di sekolah,tetapi tiada.
      Bila waktu pembelajaran,aku tiada semangat langsung untuk belajar kerana aku asyik fikir kenapa Abang Am tidak hadir ke sekolah.
   
BAB5

 Selepas pulang dari sekolah ketika berada didalam asrama aku terus merebahkan badan aku di atas katil dan terus melelapkan mata kerana kepenatan.Penat sehari berpuasa rasa tidak sabar nak berbuka.Apabila masuk waktu solat asar,aku segera bangun dan pergi membersihkan diri.

    Selepas solat asar,aku dan rakan-rakan aku menunggu pelajar-pelajar lain untuk mengadakan tadarus Al-Quran.Setelah jarum jam menunjukkan pukul 7,semua pelajar diminta berada di dalam dewan makan untuk berbuka puasa.Kami akan mendahulukan dengan memakan manisan dahulu.Ketika aku sedang beratur untuk mengambil kuih,aku terdengar perbualan Nina dan rakan-rakannya.Nina memberitahu kepada rakannya bahawa Abang Am akan berpindah sekolah tidak lama lagi.
      Ya Allah,kenapa Abang Am tidak memberitahu aku langsung.Aku tidak sanggup dengan semua ni.Sejak daripada itu,Ummi menjadi seorang yang pendiam.Azan magrib sudah dilaungkan,semua pelajar akan berbuka puasa,kami diketuai oleh seorang pelajar lelaki untuk membaca doa berbuka puasa.
      Ketika sedang menjamah,aku memerhati di setiap sudut lelaki,aku ingin mencari Abang Am.Tapi malangnya Abang Am tiada,malah suaranya langsung tidak didengari.Selepas makan kami terus pergi solat magrib,selepas itu barulah kami pergi makan semula di dewan makan.Semasa makan aku duduk bersebelahan dengan Izzati,sambil makan aku menceritakan perihal aku dengan Abang Am.Semenjak itu Izzati mula rapat dengan aku,aku mula memberi kepercayaan kepada dia supaya dia tidak membongkar rahsia aku ini kepada sesiapa.Sudah semingu Abang Am tidak hadir ke asrama malah ke sekolah,hati aku mula rasa tidak senang.Pada malam itu aku cuba menghubungi Abang Am,tetapi tidak dapat.Aku menghantar meseg tetapi dia tidak membalas.Aku mula tidak senang dengan sikap Abang Am ini.
      Hari semakin hari Izzati semakin rapat dengan aku,aku tidak tahu kenapa.Sehingga semua rahsia aku dia sudah tahu.Dalam masa yang sama,aku dapat merasakan yang layanan Nina terhadap aku agak berbeza.Dia seolah-olah memarahi aku,dia selalu menjeling kepada aku,dia kata aku telah merampas Abang Am daripadanya.Bagaimana dia tahu semua ini,siapa beritahu kepada dia.
      Mulai hari itu,Nina dan rakan-rakannya telah menganggap aku sebagai musuh mereka.Setiap hari aku di kutuk dan di hina tidak kira walau dimana aku berada,mulut mereka tidak pernah berhenti mnegutuk aku.Sehingga aku tidak berani menjejakkan kaki ke dalam asrama seorang diri,itu pun jika Nina dan rakannya ada.
      Aku menceritakan kepada Mira tentang hal itu.Mira menyuruh aku memberitahu hal ini kepada Abang Am.Tetapi aku tidak setuju,aku tidak mahu Abang Am tahu yang aku dikutuk teruk sebegitu hanya kerana dia.Jika Abang Am tahu,mesti Abang Am akan memarahi Nina.Aku tidak mahu semua ini berlaku,lagi pula ini semua salah aku,aku yang ambil nombor telefon Abang Am tanpa kebenaran Nina.Abang Am sudah lama tidak hadir ke asrama,jangan-jangan dia sudah pindah.Ini membuatkan aku rasa lebih tertekan.Jangan la,takkan dia nak tinggal macam ini saja.
      Akhirnya,Allah telah memberi petunjuk kepada aku.Izzati..orang yang aku rapat,yang aku beri kepercayaan sepenuhnya kepada dia,rupa-rupanya dia telah menikam di belakang aku.Aku tak sangka kawan aku buat begini kepada aku.Dia yang menceritakan semua tentang aku dan Abang Am kepada Nina.
      Pada hujung minggu aku sengaja menyuruh kawan aku topup ke telefon Abang Am.Senang sikit aku nak meseg dengan Abang Am.Pada malam itu,semua pelajar asrama sedang nyenyak tidur.Aku mengambil kesempatan untuk meseg kepada Abang Am.Sebelum itu,aku membuat misscal dahulu.Selang beberapa minit,telefon aku begetar menunjukkan ada meseg masuk.Aku segera membaca meseg itu.
      “Aik,adik tak tidur lagi ke?”tanya Abang Am.Rupanya meseg itu daripada Abang Am.Dengan gembiranya aku terus membalas.
      “yap,dapat tak adik topup kt abg am?”
      “aik,adik topup kat abg am kew?”
      “yela...knpa?”
      “la,knapa buat mcam ni..nanri abg am ganti balik ye.”
      “tak payah,adik bagi secara ikhlas.tak payah ganti.”
      “knapa susah buat macam ni.ha,abg am tak pergi hostel kot mingu ni.mingu depan abg am bagi gambar ye.”
      “ok,tak apa.betul ke abg am nak pindah?”aku terus menanya soalan yang sudah lama ada di dalam fikiran aku.Lama juga Abang Am nak jawab pertanyaan aku itu.Aku tahu kenapa,mungkin dia terkejut bagaimana aku dapat tahu yang dia mahu pindah.
      “aik..siapa bagitau?”tanya Abang Am dengan penuh hairan.
      “adik dengar Nina bagitau kawan dia.”
      “macam mana dia tahu..adik suka tak kalau abg am pindah?”
      “tak suka.”
      “knapa adk tak suka?”
      “tak tahu.”
      “mana boleh tak tahu,cuba bagitau abg am knapa.”Dalam keadaan aku yang penuh dengan dilema,rasa sebak untuk aku beritahu isi hati aku kepada Abang Am.Tiba-tiba bergenang air mata ku.Aku nak beritahu yang aku sayang dia,aku tak sanggup berpisah dengan dia,tapi aku takut.
      “nanti abg am pindah mesti asrama akan sunyi,abg kan selalu buat lawak dan tak kan abg am nak tinggalkan kak dilah.”hanya itu yang mampu Ummi jawab.
      “eh,jgn cakap mcam tu..tak apala,nanti abg am cuba fikir lain,lagipun abg am tak suka duduk asrama.apa benda abg am buat,smua serba tak kena,masa pun tak cukup,kalau boleh tahun depan abg am berulang kot.”
      “ala...tak syok la kalau abg am berulang.”mengeluh Ummi.
      “ok..nanti abg am pikir ye.hanya untuk adk abg am ni saja.adk,abg am mngantuk la..esok cuti kan..esok mesej lain ye..ok,boleh?”
      “ermm,ok.”
      Pada pukul 4 pagi lagi aku dan rakan-rakan aku bangun dari tidur untuk membersihkan diri dan terus pergi ke dewan makan untuk bersahur.Sesudah bersahur,kami terus ke surau,sementara menunggu orang azan subuh kami sempat melelapkan mata di dalam surau dahulu.Tidak lama kemudian,aku terjaga dari tidur.Aku terkejut kerana bukan sahaja kami yang tidur dalam surau ini,ramai lagi pelajar lain tidur sementara menunggu orang azan.Sesudah solat subuh,aku pulang semula ke asrama dan sambung tidur semula.
       Setelah beberapa jam aku tidur,aku segera bangun.Aku melihat telefon aku,ternyata ada panggilan dari Abang Am pada pukul 6 pagi tadi.Aku segera menghantar mesej kepadanya.
      “salam,abg am cal adk ka tadi?”
      “ops...sori,mna ada cal pun.miscal je.”jawab Abang Am.
      “ooo..sekejap ye,adk nak pergi cas telefon jap,battery nak habis.”
      “jaga-jaga nanti kantoi..”
      “tak lah,adk suruh kawan jaga.”
      “jangan terlalu percaya dengan kawan.ada yang kawan makan kawan.jaga elok-elok nanti silap hari bulan telefon hilang tengok-tengok kawan yang curi.ingat sebelum terkena.”nasihat Abang Am kepada Ummi.

BAB6

   Pada waktu petang,asrama telah mengadakan minggu gotong royong.Ramai pelajar asrama membersihkan halaman luar asrama.Ketika itu aku mematikan telefon aku kerna tidak mahu ada ganguan.Pada waktu malam itu selepas solat isya’,aku terus membuka telefon aku,terdapat dua mesej daripada Abang Am.
      “adik.kat asrama orang buat apa yang ramai sangat tu,sibuk nampak.”
Disebabkan aku tidak membalas mesejnya,dia menghantar sekali lagi.
      “ummi liyana.”
Aik,nama aku Ummi Aliya.Itu nama kakak aku,macam mana Abang Am boleh silap.Pada malam itu ketika didalam asrama,aku menghantar mesej kepada Abang Am.
      “nama adk bukan ummi liyana la.”
      “aik,ummi liyana tu bukan nama adk ke?”
      “ye..”
      “tipu la.”
Disebabkan Abang Am tidak percaya dengan kata-kata aku,aku terus menelefonnya.
      “nape tak percaya nama adk,ummi aliya?”dengan pantasnya Ummi terus berkata.
      “ni ummi ke yang cakap,bukan nama ummi liyana ke?”tanya Abang Am.
      “la,betul la.nama ummi aliya.sumpah..”
      “ha,kalau ummi bohong abg am mati malam ni.”
      “ishh..ape ni.main mati-mati pula.betul la..”
Selepas beberapa minit kemudian,selesai juga perbicaraan aku dengan Abang Am.Ketika aku sedang berbaring sambil memejamkan mata sempat juga dia berfikir tentang hari esok,tak sabar hendak bertemu dengan Abang Am.Semasa dalam perbualan tadi,Abang Am beritahu yang esok dia akan datang asrama dan mahu berjumpa dengan aku untuk memberi albumnya.
      Keesokkan harinya semasa waktu persekolahan,aku bertembung dengan Abang Am ketika aku mahu pergi ke kantin.Aku sempat tanya tentang album itu.
      “abg am,album bawa tak?”tanya Ummi dengan penuh semangat.
      “alamak,terlupa.sat lagi kat asrama tunggu kat surau tau.”
Aduhh..Abang Am lupa pula,tapi tidak apa.Abang Am mahu berjumpa di dalam surau selepas balik dari sekolah.Tetapi aku terlupa beritahu kepada Abang Am yang hari ini aku pulang agak lewat sedikit.
    Apabila tiba di asrama,aku dan rakan aku sempat lagi singgah di kedai warden kerana mahu membeli air.Biasala..perempuan kan selalu ponteng puasa.Selepas selesai membeli,ketika sedang berjalan aku terkejut kerana Abang Am menunggu aku di pintu pagar asrama.Kami bertentangan mata,malah dia memerhatikan aku.Aku segera mengambil beg sekolah untuk menyimpan air,Abang Am memerhatikan aku sekali lagi.
       “Alamak..kantoiii air..aduhhh”kata Ummi kepada rakannya sambil menggosok dahinya.
Abang Am segera memanggil aku,aku pergi kepadanya dengan muka malu.Abang Am memberitahu aku yang hari jumaat ni ambil album.Kasihan aku lihat Abang Am,muka dia agak letih.Mungkin penat menunggu aku.Maafkan aku.
     
      Semasa waktu berbuka,aku seronok sangat sebab Abang Am ada sekali.Semasa di dalam dewan,Abang Am selalu memerhatikan aku,aku hanya sekadar senyum.Selepas solat magrib,kami pergi semula ke dewan.Malangnya aku dan rakan aku terpaksa beratur di barisan yang terakhir kerana lewat.Semasa aku sedang beratur,aku mengambil kesempatan untuk melihat Abang Am.Tanpa disedari Abang Am menyedari yang aku memerhatikan dia.Dia memerhati aku,aku segera melarikan anak mata kearah lain.Tidak lama kemudian perlahan-lahan aku memerhatikan dia semula,ternyata dia masih memerhati aku dengan senyuman manisnya.Aku jadi tidak tentu arah selepas itu.
     Tinggal beberapa orang lagi untuk sampai giliran aku.Tiba-tiba Abang Am pergi membantu makcik kantin untuk mengedarkan makanan,Abang Am memang rapat dengan makcik-makcik kantin itu.Apabila masa untuk aku mengambil pinggan nasi daripada tangan Abang Am,dia seolah-olah tidak mahu memberi kepada aku,kami main-main tarik pinggan ketika itu.
     “abg am ni.....nak bagi ke tak..”kata Ummi,sambil memandang Abang Am.Akhirnya Abang Am melepaskan juga pinggan itu sambil tersenyum.Aku ingin berbica lebih lama dengan Abang Am,tapi aku tahu Nina sedang memerhatikan aku disebalik tingkap.Kami cuma boleh melemparkan senyuman sahaja.
     Keesokkan harinya setelah aku selesai membersihkan diri,aku dan rakan aku pergi ke dewan makan untuk bersahur.Setelah bersahur,macam biasa aku pergi ke surau.Hari ini hari jumaat,tidak sabar aku untuk mengambil album daripada Abang Am.Masalahnya sekarang ni,hari ini hari budak asrama pulang ke rumah.Aku takut ayah aku datang awal,tidak sempat pula nak berjumpa dengan Abang Am.
     Apabila selesainya hari persekolahan,semua budak asrama berlari-lari pulang ke asrama kerana tidak sabar untuk pulang ke rumah.Aku bergegas pulang untuk meletakkan barang yang hendak dibawa pulang di luar asrama.Aku segera ke surau bersama dengan rakan aku untuk berjumpa dengan Abang Am.Dalam masa itu hati aku berasa begitu bedebar.Semasa aku sampai di surau,aku ternampak Abang Am sedang berbaring.Aku pun terus memberi salam,dia pun menjawab sambil bangun.Aku pergi kepada Abang Am dan berkata
      “gambar??”hanya perkataan itu sahaja yang terkeluar dari mulut aku.Hati aku memang berdebar ketika berdepan dengan Abang Am.Aku tidak dapat berkata apa-apa ketika itu.
      “sat ea..”Abang Am terus mengambil beg sekolahnya dan membawa keluar sebuah album kepunyaan dia.
Semasa aku hendak mengambl album itu dari tangannya,hati aku memang bedebar,bedebar sangat-sangat.
Aku meminta izinnya untuk mengambil menangkap gambar.Dia pun bersedia untuk bergambar.Aku mengeluarkan telefon dari poket baju sekolah aku.Apabila aku menghalakan telefon kearah Abang Am,Abang Am pun berkata,
      “kamera ka?”
      “tak la,telefon.”
      “hai,canggih telefon..”Abang Am memuji aku,aku hanya sekadar senyum.

Apabila selesai mengambil gambar,aku pun keluar sambil mengucapkan terima kasih dan melemparkan senyuman yang paling manis.
     Semasa dalam perjalanan pulang kerumah,aku sempat lagi membuka album Abang Am itu.Banyak gambar-gambar dia bersama rakan-rakannya.Yang paling comelnya gambar dia cium pipi nenek dia..wah,comel sangat.


BAB7

     Ketika aku berada dirumah,kebanyakkannya aku menghabiskan masa bersama keluarga saja.Mama memberitahu aku yang aku kena pindah tahun hadapan bersama dengan kakak aku.Aku terkejut sangat dengan berita yang aku dengar ni.
     “Ya Allah..tolonglah hambaMu ini,
      Hambamu yang kerdil ini..
      Janganlah beri aku ujian sebegini,Aku tak sanggup menghadapinya..
      Lembutkanlah hati mama supaya mama tidak memaksa aku untuk berpindah dari sekolah itu..
      Aku tidak sanggup menghadapinya Ya Allah..”

Aku hanya dapat berdoa kepada Allah sahaja....
    Aku tidak dapat mengikut mama pergi berniaga hari ini kerana aku diarahkan untuk mengasuh adik-adik dirumah.Aku rasa aku mahu memberi dekat Abang Am kad bersempena hari raya ini.Tumpang ada kad raya lebih,dan aku teringin mahu mencuba melukis potret Abang Am.
Malam ini aku dan sekeluarga akan keluar membeli belah.Aku bercadang untuk membeli topi untuk Abang Am sebagai kenang kenangan buat kali terakhir.

   Hari ini aku akan pulang ke asrama.Malam itu sementara menuggu orang selesai solat isya’,aku dan fatin duduk dibelakang sambil melihat album Abang Am,kami melihat sekeliling kami agar tiada orang ternampak kami.Selepas selesai,aku mengajak Iera untuk berjumpa dengan Abang Am untuk mengembalikan albumnya.Apabila aku sampai di dewan,aku nampak Abang Am dan rakannya sedang makan.Aku jadi takut nak memanggilnya,jadi aku menyuruh Iera memanggil Abang Am.Apabila Abang Am datang kepada aku,jantung aku mula berdebar dengan kuat.Susah kan nak jumpa dengan dia ni.Aku pun terus memberikan album kepada Abang Am.Kami hanya sempat bersembang sekejap sahaja kerana kawasan tu gelap,tak manis dipandang orang.Semasa dalam perjalanan,Abang Am memerhatikan aku sehingga aku hilang dari pandang dia.Dari jauh aku sudah nampak si Nina sedang berjalan menuju kearah aku,apabila kami selisih..
    “betina garik..”kata Nina sambil menjeling kearah aku.
  “fuhh,selamat..nasib baik kita balik awal.Kalau tidak,sah Nina nampak kita dok sembang dengan Abang Am”mengeluh Ummi kepada Iera.Dia sudah tidak kisah dengan panggilan-panggilan yang Nina gelarkan pada aku.
 
Semasa di dalam asrama,Ummi berbincang dengan Fatin dan Iera.Ummi bercadang untuk memberitahu kepada Abang Am tentang apa yang berlaku keatas Ummi.Tetapi bukan Ummi yang memberitahunya,Fatin yang akan beritahu Abang Am melalui telefon.Keesokan harinya,aku terdengar kakak seniur nak buat spotcek dekat asrama.Aku jadi gelabah kerana aku membawa telefon.Aku segera menyembunyikannya,tapi tidak mungkin akan selamat.Tiba-tiba kakak aku datang,dia minta telefon itu untuk disembunyikan.Pada waktu malamnya,aku turun kebawah untuk berjumpa dengan kakak aku.aku ingin tahu sama ada telefon aku itu selamat atau tidak.
   “wei,hang sembunyi kat mana telefon aku?tanya aku..
 “aku sembunyi kat bilik air..tapi,bila aku nak letak,henset hang jatuh lam tangki tu.”
   “wei hang..rosak la henset aku.dah la ada memori kad ngan sim kad dalam tu.”
 “la..jangan risau la.minggu ni abah kan mai kat asrama.nanti suruh la abah tengok telefon tu jadi macam mana.”Ummi segera naik keatas semula dengan keadaan marah.

        Keesokkan harinya kami menjalankan rancangan yang kami rancang semalam.Fatin menelefon Abang Am dan memberitahu semua perkara yang kami rancang.Semasa Abang Am sedang bercakap dengan Fatin,aku dengar suara Abang Am bagaikan sedang marah,memang betul-betul serius.Abang Am menyuruh Fatin memberitahu aku yang Abang Am nak berjumpa dengan aku waktu study malam ini.Selepas mendengar arahan dari Abang Am itu,Fatin terus meletak gagang telefon.Aku jadi gelabah dengan apa yang Abang Am cakapkan itu.
   “ala Fatin..macam mana ni,rancangan kita berjaya,tapi datang masalah lain pulak.Iera,malam ni hampa teman kami jumpa dengan Abang Am okey.”
 “ok,jangan risau laa..takkan jadi apa-apa punya.”jawab Iera dengan selambanya.
Malam itu,hati aku berdebar sangat-sangat,bagai nak luruh jantung ini.Iera menelefon Abang Am untuk mengatur pertemuan aku dan Abang Am.
Abang Am nak jumpa aku dekat dewan makan.Dia suruh tunggu sekejap sebab dia sedang makan.Dalam beberapa minit kemudian,aku ternampak Abang Am sedang berjalan menuju ke dewan makan.Ya Allah,makin berdebar jantung aku ni..Abang Am ternampak aku dan terus memanggil aku supaya datang ke dewan makan.Semasa sedang berjalan menuju ke arah Abang Am,aku pegang tangan Iera kuat-kuat.aku jadi takut ketika itu.Apabila sudah sampai,aku terus bertauk dekat tiang yang ada disitu.Abang Am memanggil aku..
  “Ummi..”
Aku tidak menjawab.Abang memangil aku sekali lagi..
  “ummi..awat yang dok peluk tiang tu..mai dok kat sini”
Tanpa berkata apa-apa aku terus berdiri di tepi Abang Am.Abang Am pun terus tanya aku.
  “apa yang Nina kata dekat Ummi?”tanya Abang Am dengan nada serius.
     “laa...mana ada apa-apa pun..”jawab aku dengan nada takut.
  “Ummi jangan bohong.jangan sampai Abang Am yang cakap apa yang Nina kata kat Ummi tu..”
Ishh..tak kan la aku nak bagitau apa yang Nina kata kat aku tu betina-betina tu,segan la aku.Aku pun memberitahu.
     “ehmm,dia kata gedik,galak...”kata-kata aku itu diikuti oleh Abang Am sambil mengira di jarinya.
   “lagi..”tanya Abang Am lagi.
     “ehmm dia kata Ummi ni perampas”
Apabila Ummi menyebut perkataan itu,Abang Am terus terdiam.
   “pasaipa dia kata Ummi ni perampas”tanya Abang Am.
     “mana la Ummi tau..rampas Abang Am la kot..”
   “pasaipa pula,apa hubungan Abang Am dengan Nina”
     “mana la nak tau..”
Tiba-tiba Abang Am menyuruh Iera pergi memanggil Nina.Ha,sudah..makin rancak perbincangan ni.Aku nak ikut Iera,tapi Abang Am menghalang.
   “Ummi tak payah pi.dok kat sini.Iera pi panggil Nina cepat.”tegas Abang Am.
Ya Allah,tak kan tinggal aku kat sini sorang-sorang dengan Abang Am..gelap pula tu..
   “lain kali kalau ada orang buat macam tu dekat Ummi,bagitaula dekat Abang Am.”tiba-tiba Abang Am bersuara sebaik sahaja Iera berlalu pergi
    “la,tak payah laa..dah selesai dah..”
  “mana boleh..Abang Am tak tau apa apa pun.perkara ni babitkan Abang Am juga.”
Aku hanya berdiam diri kerna tak tahu nak cakap apa.Iera ni awat lama sangat,seminit bagaikan sejam..addoii..
Tiba-tiba Nina datang bersama dengan Iera,Iera menyuruh Nina pejam mata takut nanti Nina nampak Abang Am terus tak nak jumpa.Semasa mereka dalam perjalanan,Abang Am memberitahu aku selepas dia lihat Nina.
  “tengok tu.perangai Nina macam mana..Ummi tak apa la juga jaga akhlak.”
Apabila sampai,Nina terus sembunyi disebalik tiang apabila ternampak aku dan Abang Am.Abang Am memanggil dia.
  “Nina..”dia tidak menyut.
  “Nina,tengok Abang Am ni.”banyak kali juga Nina dipanggil.akhirnya dia menyut juga.
  “Nina kata apa dekat Ummi”
“mana ada kata apa-apa pun”jawab Nina.
Tiba-tiba aku menyampuk.
  “ala Abang Am,tak payah la..lagipun dah selesai dah.”
     “mana boleh..sebelum Nina baling tahit dekat Ummi,Nina kena baling dekat Abang Am dulu.Nina jangan bagi Abang Am kata dekat Nina macam Abang Am kata dekat Fiza terlebih over dulu”selepas beberapa minit berbincang,kami pun balik.
     “Nina,balik nanti jangan dok lawan tumbuk dengan Ummi pula”Nina pun berjalan dengan muka masam dia.
     “Ummi jaga diri leklok tau.”
   “okey”
Aku pun berjalan menuju ke surau.Apabila sampai,semua kawan aku menunggu untuk mendengar cerita dari aku.Sedang aku bercerita,aku ternampak Nina berada di luar bersama Kak Hajar.Aku takut dia cerita apa yang berlaku tadi dekat Kak Hajar.
Kiranya dalam asrama Nina masih lagi memarahi aku.Malam ini aku nak tidur awal,tak nak dengar apa yang Nina kata dekat aku.

BAB8

     Hari ini aku berniat untuk memberi topi yang aku beli ini kepada Abang Am.Dekat topi itu telah aku jahitkan nama Abang Am dan Kak Adilah,aku juga ada selitkan nama aku.Pada waktu malam itu,selepas selesainya makan di dewan.Aku ternampak Kak Umi sedang membasuh tangan.Dalam masa yang sama Abang Am turut berada didalam di dewan.Giliran aku membasuh tangan pula tiba-tiba aku dengar Abang Am panggil “Ummi”
Boleh dikatakan satu dewan mendengar suara Abang Am.Aku tidak menoleh,manala tahu kot Abang Am panggil Kak Ummi.Kak Ummi terus menoleh kearah Abang Am.Setelah Kak Umi melihat Abang Am,Abang Am terus panggil aku.”ummi aliya..”
Aku tidak melayannya,malah aku terus keluar dari dewan.Sebelum aku keluar,aku ternampak Nina sedang mengintai melalui tingkap.Aku dengar Nina kata “padan muka,Kak Umi dah dengar Abang Am panggil dia”
Aku terus jadi takut,takut nanti Kak Umi tanya aku kenapa Abang Am panggil aku.Selepas itu,aku menyuruh kawan aku tunggu di dewan dan aku terus berlari ke surau untuk mengambil bungkusan yang berisi topi itu.Aku bergegas lari ke dewan semula dan aku menyuruh Iera memberi bungkusan itu kepada Abang Am,tapi dia malu.Nasib ada seorang kakak yang aku rapat di situ,aku meminta tolongnya untuk memberi bungkusan plastik itu kepada Abang Am.


Disebabkan aku tak sanggup berdepan dengan Abang Am,terasa sebak dihati aku terus duduk bersembunyi dibelakang kawan aku. Semasa kak itu memberi bungkusan itu kepada Abang Am.,aku bergegas bangun dan terus menarik tangan kawan aku.Aku terus berjalan tanpa menghiraukan Abang Am yang sedang memanggil aku.
Selepas itu aku menyuruh Iera menelefon Abang Am.
   “hello..dah baca surat tu??”tanya Iera.
 “ye,tengah baca la ni.Ummi ada kat situ tak.Nak cakap dengan dia sat”
 Ummi,ni Abang Am nak cakap dengan hampa.Aku terus mencapai gagang telefon itu.
   “hello..”sayu suara aku kerana sedih.
 “betul ke Ummi nak pindah?”aku dengar suara Abang Am pun macam sedih juga.
   “ehmm..”hanya itu saja yang keluar dari mulut aku.
 “pindah sekolah kat mana?”tanya Abang Am lagi.
   “sekolah kat Jitra,Kedah”
 “tengoh,hari tu Abang Am nak pindah Ummi tak bagi,sekarang..Ummi yang pindah.”
   “tu laa..Ummi tak mau pindah,mak yang suruh pindah juga”
 “nanti Ummi dok sekolah sana jangan lupa dekat Abang Am.”
   “Ummi tak kan sesekali melupan Abang Am....”tiba-tiba duit syiling dah habis.Aku terus naik keatas.
Waktu malam itu,sedang semua orang sedang hanyut dalam mimpi.Tinggal aku keseorangan dalam kegelapan yang sedang melayan perasaan.Aku menanggis keesakkan kerana aku tidak mahu pindah sekolah.Aku tak sanggup tinggalkan kawan-kawan aku dan Abang Am.Aku sayang Abang Am.Aku dah anggap Abang Am tu macam abang aku.Aku rasa macam kehilanggan seseorang dalam ahli keluarga aku.

     Beberapa hari kemudian Iera ada memberitahu aku sesuatu,ia mengenai Nina bahawa dia telah mengata sesuatu dibelakang Abang Am.Nayli masih tidak serik-serik lagi.Aku mengambil keputusan untuk memberitahu perkara ini kepada Abang Am.
Pada malam itu selepas selesai makan,aku berjumpa dengan Abang Am di luar dewan ditemanni oleh Iera.Aku tak berani memberitahu lalu aku menyuruh Iera yang memberitahu.
    “Abang Am,ni kami nak bagitau yang Nina dok kata dekat Abang Am lagi”kata Iera yang berada dihadapan Abang Am dan aku berada di tepi Abang Am sambil menyandar di pintu.
  “lagi,dia kata apa lagi”tanya Abang Am.
Sedang kami bersembang ,tiba-tiba geng Nina datang.
     “oouhh,Abang Am tak adil,Abang Am dengar sebelah pihak saja,sebelah pihak kami tak dengar pun.”kata salah seorang daripada mereka.Abang Am pun meniggikan suara.
  “ok lani Abang Am dah dengar bagi pihak Ummi.Sekarangi kamu,Abang Am nak dengar bagi pihak kawan kamu tu.ha,cepat cakap!”
Tiba-tiba dia jadi gelabah.Aku yang berada disitu tergelak melihat karenah dia.
     “em,ok..Abang Am nak tau,Nina sebenarnya suka dekat Abang Am,dia cemburu tengok Abang Am selalu rapat dengan Ummi.Sebab tu dia marah.”
  “ha,cemburu??apa hubungan Abang Am dengan dia.dia tak berhak marah Ummi.Abang Am bukan ada apa-apa pun dengan dia.dia suka dekat Abang Am tapi dia heboh kat orang lain.pasaipa dia tak bagitau kat Abang Am.Tengok Ummi,dia suka dekat Abang Am,dia berani bagitau dekat Abang Am,dia tak gitau kat sapa-sapa pun..he..’
Wah....Abang Am kata macam tu dekat dia.Tak sangka Abang Am bela aku macam ni..hehe malu aku.berbisik dihati Ummi.Aku senyum sambil melihat Abang Am.Aku hanya diamkan diri dan biarkan Iera yang bercakap bagi pihak aku.
    Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara.
    “tapi Nina dia malu nak bagitau dekat Abang Am”
  “ha,pasaipa Nina tak berani macam Ummi.lagipun Nina tak suka simpan rahsia Abang Am.Ummi dia simpan rahsia Abang Am,dia baik dengan Abang Am,dia ambil berat tentang  Abang Am,hormat Abang Am.Jadi Abang Am kena baik dengan Ummi..”kata Abang  Am dengan bersungguh-sungguh.
      “kami mana nak tau kat dia.Tapi dia marah sangat dekat Ummi sebab dia tau Ummi bagi topi dekat Abang Am”kata dia menunjuk kearah aku.
  “la,pasaipa nak marah.Abang Am dengan dia bukan ada apa-apa pun.biarla Ummi nak bagi apa-apa pun dekat Abang Am.Nina mana ada hak nak marah Ummi.Contoh kalau Abang Am couple dengan Ummi..”Abang tidak dapat menghabiskan ayat-ayatnya lagi kerana kami semua terkejut dengan apa yang Abang Am kata.
   “la..Abang Am kata contoh,kalau Ummi couple dengan Abang  Am,lepas tu bagi dekat Abang topi,Nina tak berhak cemburu dan marah dekat Ummi.Nina tak dak hubungan dengan Abang Am.
Hai,terpegun aku mendengar kata-kata Abang Am tu...berbisik Ummi lagi.
Mereka tidak tahu nak berkata apa lagi.lalu mereka mngundur diri.
     “erm tak pa la..nanti kami mai lain..”kata mereka dan terus pergi ke surau.
  “ok,ni Ummi ngan Iera makan tak lagi,kalau tak makan lagi mai la masuk..”
      “ehm,tak pala dah kenyang..”
Aku terus balik ke surau.Aku nampak Nina dan rakannya sedang bersembang di koridor surau.Apabila aku masuk,aku nampak mira menangis.
  “eh..mira,knapa ni?”tanya aku dengan muka yang heran.
      “tak dak pa la..”jawab Mira dengan ringkas.
  “mana boleh tak dak pa,pasaipa hampa menangis”
      “tadi masa hampa berjalan balik dari dewan,kami nampak Nina dengan kawan dia dok sembang pasai hampa,tiba-tiba dia kata kat kami “wei,hang pi masuk dalam,hang bukan boleh..satgi pi habaq kat babi tu..” padahal kami keluar nak tengok hampa.
  “ish Nina ni tak serik-serik lagi ka.dia kata kat aku babi.
Ha..lepas pulang dari asrama tu macam biasa la,dahla katil aku dekat dengan katil Nina,hanya selang 1 katil je.Semasa aku tengah sembang dengan Mira di atas katil,aku ternampak Nina sedang berborak dengan geng dia.Tiba-tiba dia datang menghampiri aku dan dia berkata ayat yang begitu kesat kepada ku.
Ya Allah,kenapa dengan Nina  ni.Ayat ni yang paling menyakitkan hati aku,sampai hati dia kata macam tu dekat aku.Nina...kami dengan Abang Am hanya sekadar kawan rapat.Tiada hubungan istemewa dan sebaliknya.

    Esok pelajar asrama akan balik cuti untuk sambutan hari raya.Semua orang berasa girang kerna tidak sabar untuk menyambut hari raya.Ketika aku berada dirumah,aku jarang berhubung dengan Abang Am.Aku hanya tumpu pada keluarga aku dan membuat persiapan untuk sambut raya.

BERSAMBUNG ... :)

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...