Jumaat, 21 Disember 2012

Bahagiakan Hatimu


Assalamualaikum...


   "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota,dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.Ketahuilah,itulah hati."

ketandusan hati dewasa ini adalah suatu penyakit ketara di tengah-tengah masyarakat.ramai yang susah hati,gelisah,tidak merasakan ketenangan hati walaupun memiliki segala kemudahan serta keselesaan.justeru,kebahagiaan hakiki bukanlah terletak pada kemewahan harta benda namun bertitik tolak pada hati yang sejahtera.

hati adalah tempat terpancarnya perasaan suka,duka,benci,marah,gembira,sedih dan sebagainya.hati ibarat raja yang mengarahkan seluruh anggota tubuh untuk mengikut perintah hati.apabila hati dikuasai oleh iman,amal yang dilahirkan adalah kebaikan.namun,apabila hati dikuasai oleh nafsu,maka amal yang muncul adalah keburukan.

-dipetik dari buku Bahagiakan Hatimu (islam/motivasi)
 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...