Sabtu, 15 Disember 2012

Khasiat Coklat


Assalamualaikum pembaca-pembaca blog lia :)

kali ni lia nak wat entry mengenai khasiat coklat.cakap pasal coklat sapa yang tak suka kan,semua orng sukakan coklat termasuk lia nih.
     Seribu khasiat coklat

   Sebut saja perkataan coklat ni,dalam fikiran korang mesti terbayang  pelbagai jenis coklat yang menjadi kegilaan korang.malah golongan yang menjadi sasaran sebagai penggemar coklat adalah golongan kanak-kanak dan remaja.ramai yang pikir bahawa coklat tidak memberi khasiat kepada tubuh badan.tapi ramai yang tidak tahu bahawa coklat dan koko dapat menyumbang kepada pemakanan yang seimbang.

   Koko apabila dicampur dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.

  Kandungan coklat

   Coklat atau koko mengandungi lemak,protein,susu,kalsium,vitamin dan mineral.Kandungan lemak dalam koko beerti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.ramai yang keliru tentang coklat.beberapa perkara yang menjadi mitos dan fakta tentang coklat membantu korang menilai sendiri mengenai kebaikan coklat

Mitos 1
~coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat
 korang tahu tak satu bar coklat mempunyai nilai vitamin yang tinggi dan sungguh berkhasiat.

Mitos 2
~coklat penyebab kerosakan gigi.
kajian mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi.emm,tak tahu la betul ke tak,maybe yang menyebabkan kerosakkan pada gigi ni ialah kita makan coklat terlalu banyak and then kita tidak menjaga gigi kita dengan menggosok gigi.maybe ini penyebab tercetusnya mitos yang mengatakan coklat tu penyebab gigi rosak.

Mitos 3
~coklat penyebab jerawat.
coklat ni bukannya penyebab jerawat.tetapi masalah kulit itu yang disebabkan oleh aliran keluar minyak   yang berlebihan.

Mitos 4
~coklat adalah penyebab utama kanak-kanak menjadi gemuk.
kajian menunjukkan kanak-kanak lebih cenderung dalam pengambilan lemak dan protein jika dibandingkan dengan gula.oleh itu,tidak benarlah kanak-kanak menjadi gemuk kerana coklat.Pasti korang akan seronok sebab dah tahu coklat tidak memudaratkan tubuh badan dan kesihatan.makanlah coklat kegemaran korang.tapi awas!!walau apa pun kita makan,jika diambil secara berlebihan makanan itu akan memudaratkan diri kita.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...