Selasa, 16 April 2013

pengalaman kemarin tak dapat aku lupakan



Assalamualaikum w.b.t ..

kemarin .. haha memang pengalaman  yang tak dapat dilupakan lahh .. mungkin pengalaman ini akan membuatkan lia jadi lebih berhati - hati selepas ini .
kawan lia,ainal. dia datang tidur dirumah lia , kitaorang ada plan yang nak dijalankan iaitu untuk menghabiskan mingisi borang upu


tengah buat kerja pun sempat lagi kami berposing ><v

keesokkan harinya kami rancang untuk keluar pergi beli hadiah untuk cikgu dan nak beli jam tangan untuk menggantikan jam tangan aku yang dah lama rosak . lia plan nak beli hadiah untuk cikgu kesayangan lia iaitu cik produksi multimedia,lia nak beli sebatang pen yang paling mahal lia pernah beli sebelum-sebelum ni iaitu jenama Allan D'Lious ,Germany . bab harga tu korang tak payah la amik kisah .. hihi


shopping dua - dua benda ni pun dah hampir rm100 tak apa la sekali sekala nak belanja keluarkan duit macam ni kan .. 
haha itu baru masuk muqaddimah .. lari dari tajuk entri hari ini ..haa, ini baru nak masuk tajuk entri diatas tu ..
kemarin semasa dalam perjalanan nak ke Jitra Mall , semasa lia sedang menunggang motosikal , lia mula merasakan sesuatu yang pelik dekat motor lia tu,rasa seperti melelong sedikit.sampai sahaja disana,rupa-rupanya tayar belakang sudah pancit lorhh, lia dan ainal jadi panik ,tak tahu nak buat apa , dikawasan Jitra Mall tak salah lia tak ada workshop .. kalau ada pun jenuh kami nak tuntun .. takut la jugak . lia mula pikir,nak selesaikan yang mana satu dulu,beli barang or motor ni dulu .. lia cuba selesaikan untuk beli barang dulu .. tiba-tiba otak lia jadi kosong ..panik masih lagi tak hilang,nak beli barang apa pun tak tahu,nak buat pilihan pun susah.so lia buat keputusan nak selesaikan masalah motor tu dulu,niat kami nak shopping tergendala sebentar lia cuba menghubungi rakan lia,tapi tak dapat . lia terpikir ada jiran lia iaitu kawan lia (epy) yang kerja berhampiran dengan Jitra Mall. lia segera menghubungi dia .. disebabkan dia sedang sibuk buat kerja dan tak dapat nak tolong lia,dia terus menghubungi jiran lia sorang lagi iaitu kawan lia juga (asyraf) untuk meminta tolong . epy cakap asyraf ada dekat kawasan Jitra saja.selepas beberapa minit,dia pun datang .. lia dan ainal membawa asyraf untuk lihat tayar motor lia yang pancit itu.kami bertukar motor,asyraf menunggang motor lia ,lia dan ainal menunggang motor asyraf.kami pergi ke workshop berdekatan .. haha yang tak tahannya semasa dalam perjalanan,asyraf sempat lagi gelak .. bila menunggang je motor tu seolah terhinjut-hinjut,melelong-lelong.. kami dibelakang gelak sakan . sampai saja di kedai asyraf memberitahu tauke kedai itu yang tayar pecah dan mereka segera menukarkannya .. time tu memang panas , lia tahan je la dengan panas tu . dalam masa menunggu tu,lia sempat lagi berbual dengan asyraf .. rupa - rupanya si asyraf ni datang tolong lia dari rumah dia ,lia sangkakan dia datang dari tempat kerja or mana-mana ja . haha thnks bro sebab sudi datang  tolong , thanks juga to cik epy sebab tlong jawab kol kita and tlong kasi tau asyraf . kalau tak dak cik epy tak tahu la apa jadi kat kami,tak tau nak minta tolong sapa lagi .. klau tak dak cik asyraf tak tau la sapa nak bawa motor kami ni pi workshop.. kami bukan pandai sangat bab-bab ni .thnks to korang berdua. ><v
selepas saja selesai semua itu .. baru la kami boleh shopping dengan tenangnyaa !! yeaaa ...

  so, lesson I got from all this is that, sebelum memulakan sesuatu perjalanan ..  periksa dahulu kenderaan anda .. tapi kalau dah tayar pancit masa dalam perjalanan tu kira nasib la kan .. so biarkan semua ni menjadi pengalaman baru bagi lia dan kawan lia .




5 ulasan:

  1. Balasan
    1. mmg sdih pn .. sbenarnya lgu 2 utk entri sy y sblm ni .. y 'coretan hati 1 ' ce try bca .. hihi

      Padam
  2. hai lia :) datang snie baca entry best , follow n komen :) jemput dtg ke blog sye :)

    BalasPadam
  3. sweetnya beli pen mahal utk cikgu awk :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi skali skala untuk ckgu ksayangan kita

      Padam

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...