Jumaat, 13 November 2015

Mengumpul kembali kenangan semester4 PART2


Assalamualaikum .. haiii

jumpak lagi kita dalam mengumpul kembali kenangan semester4 PART2 ni . . kan haritu aku dah cakap lepas part1 ada lagi sambungan dia,mana boleh memori aku sampai hari raya tu kan,banyak lagi kenangan yang aku nak share dekat hangpa semua nih ..

Assigment pun dah makin berlambak tambah2 dengan subject paling strongger iaitu Design3 .. ini memang betol2 killer subject la bagi student architecture , assigment dia pikir macam tak dak assigment lain nak kena buat nuuhh .  firstly kena pi buat case study dekat site yang aku tak tau macam mana .

nih time dalam bas otw nak pi site dekat alor star ja pun,punya mengharapkan dapat site jauh2 . .


nahh .. sampai saja dekat site semua ternganga,tertanya2,tergaru kepala. apa betoi ka nih site kami yang kami semua kena buat case study . ya ampuunn .. gimana nih,semak samun,mcam mana nak ukur semua . . kalau ada kasut bot tak pa la jugakkan,dengan hari nak hujan,nampak tak lecturer aku tu dia sediakan payung sebelum hujan. nasib la sebelum mulakan case study nih kami semua diberi kumpulan dan tugasan masing-masing,group aku just cari history tempat tu dengan cara menemu ramah penduduk disitu . nasib senang..



tengok la nasib kawan2 aku nih .. haha basah lencun sebab hujan,tempat berteduh tak dak pulak,nasib la site tu bersebelahan dengan balai bomba,group aku tak sedar pun kata hujan sebab kami masuk dalam office balai bomba nih,jumpa dengan orang lama dekat office ni untuk tau sejarah tempat nih.agak lama jugak la hujan lebat nih sampai semua tergendala . .



di sebalik bilik guard tu ada lecturer tau . . hihi sama-sama bertedeuh la puan ya . . 


bila hujan makin seqiyat bak kata oqang kedah hihi renyai laa . . kami meneruskan mencari penduduk kampung yang tinggal lama disitu , kami dapat sedikit maklumat yang tanah tu sebelum ini milik siapa tapi sayangnya pemiliknya sudah meninggal dunia dan lebih parah lagi kami tak dapat berjumpa dengan ahli keluarganya untuk dapatkan maklumat sebab depa semua tak dak kat situ,semuanya tinggal di bandar . jalan - jalan ada jumpa dua orang makcik nih . tak silap aku case study nih masa bulan puasa la .. ups,spatutnya masuk dalam kenangan part1 kan , apa kisah .. haha asalkan dapat kongsi cerita dan pengalaman.
balik pada cerita nih,makcik2 nih tengah buat bubur lambuk tau untuk diberi kepada jemaat surau dan penduduk sekitar situ.boleh dikatakan setiap hari mereka menyediakan bubur lambuk ni .



yang paling aku tak tahan time nih , hujan lebat .. tiba2 member yang lain call gitau bas nak gerak . WHATT !! dah la hujan lebat aku and group aku masih berkeliaran cari maklumat . tiba nampak bas dah jalan kami menjerit2 orang kedah cakap keloi laa .. punya keloi bas nak habaq kami ada kat situ .. tak perasan pulak pintu keluar madrasah tu ada dua,kami keluar pintu belakang tengok2 bas lajak pi behenti kat pintu utama ,haaiihh penat aku , lari lari dan terus lari dalam hujan lebat .. haha lawak la... makcik2 tu sempat lambai tangan dekat kami.habis basah kuyup,sejuk ding ding la .. 



bila dah selesai semua case study,mula la nak buat model,upss ..semester sebelum2 nih boleh la buat model deisgn building individu and group tapi semester kali nih kami tak payah buat modelll ! haha lega sikit tapi yang teqoknya semua benda kena buat dalam laptop , drawing guna autocadd,pindah ke sketchup pastu lumion . . addodoii haha nak print tu saiz besaq gedabak ,, harga tu toksah dok tanya lahhh ,, haha habis duit kot situ jela kalau drawing lecturer xsuka kena print balik.
kali ni just buat model site ja . . boleh la dalam 2malam siap . .balik rumah pun pagi2 buta jugak la. . huhu . 

pic nih time dalam studio nak siapkan model site kami .


                                                berehat and selpiaq dulu . . .


Subject yang paling aku suka dan rasa santai ialah multimedia .. i love multimedia sebab dari sekolah lagi aku dah belajaq multimedia . . first projek kami semua kena buat video travelogue tempat2 yang menarik . . cehh mula2 plan nak p langkawi kan , . sebab tempat dia menarik . . tapi tak jadi sebab tak cukup modal,hanya mampu jalan2 dekat perlis jelah, Gua Kelam . . plan nak p banyak tempat tapi disebabkan masalah member2 group ada yang sampai kedah lambat so boleh pi satu tempat jelah .

preparation my camera . . i love it . . 


ini masa dalam gua kelam , aku heran sungguh dengan member2 aku nih,aku punya bawak tiga camere nak bagi mudah kerja tapi ada tak mau guna sebab tak qeti,adehh pening aku . . 






dah habis semua shoot kami semua p makan dekat tepi pantai kuala perlis.. mak aii dia punya harga ,, haha tok sah dok kata .. huhu baik aku beli cucuk2 tu lagi kenyang .. 



ini sebahagian dari screenshoot video kami .. nak tengok video sepenuh nya klik sebelah ni Travelogue Gua Kelam








ok selesai sudah untuk part2 . . tunggu tau .. ada lagi untuk part3 . . hihi 
sekian dari aliya budak blogger,














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...