Rabu, 18 November 2015

Mengumpul kembali kenangan semester4 PART3




Assalamualaikum ....

hye .. hye ... haha bertemu kembali dalam rancangan mengumpul kembali kenangan semester4 untuk PART3 kali nih .. haha ><

aku penat betul bila lawan2 aku yang tak pernah tau study architecture ni macam mana selalu dok tanya-tanya assigment tak siap lagi ka ? banyak lagi ka ? bila nak siap ? banyak nyaaa ? haha aku dah penat nak jawab .. aku just boleh jawab ingat assigment kami nih ada satu ja ka .. selesai satu ada lagi la .. selesai satu ada lagi assigment mai masuk .. tak kan berhenti henti sampai habis semester . so faham-faham jelah cara aku belajar nih macam mana .. kalau nk qalik bersosial and boleh rehat sikit pun tunggu hujung-hujung minggu ja..rasa tak beban la sangat . . 

ok harini kelas habis awal so kami pergi ke kedai Art Printing .. dekat situ cc ada tempat student nak buat kerja pun ada . . complete la untuk kami buat kerja kat situ .pi situ bukan buat kerja pun .. aku belajar benda baru harini iaitu WPAP tak salah aku ... grafik semata-mata . . huhu cuba mengubah gambar seseorang menjadi warna warni . . 



dalam tengah kusyuk dok buat.kawan aku datang cakap abang wafi ajak pi open house member dia .aku pun tak sangka la kan .. abang senior koott ... dah lama aku dok peqati dia .. sebelum belum ni kalau aku pi kedai tu dalam diam diam aku bisik kat kawan aku abang comel,. . huhu aku tertarik dengan gaya dia,nampak agak lemah lembut.abang wafi dia kerja kat kedai tu . perjalanan kami pun bermula dengan meminjam kereta boss kedai tu iaitu paksu,paksu pun spoting jugak.open house tu tak dak la jauh sangat.masa dalam perjalanan pergi dan pulang tu aku cuba ambil kesempatan untuk bersembang dengan dia ... tanya itu ini . rupanya dia orang jitra nih ja,rumah dekat ja pun ..aku tak ingat masa ni macam mana aku boleh berani minta nombor telefon dia.haha aku pun dah lupa sebab sembang banyak sangat.








bila nak balik dari kedai tu anis yang baju warna biru dalam gambar atas nih dia bagitau hujung minggu nih dia nak buat makan2 kat rumah dia,makan2 dengan classmate jelah.rumah dia dekat alor star ja.punya sembang2 plan nak ajak abang wafi sekali.haha..lagi ok la masa tu .anis dapat nombor telefon abang wafi . bila dah balik aku whatsap anis minta no fon abang wafi.
aku mula tegur abang wafi . . dia tak kenal aku haha memang tak kenal la dah dia tak dak no fon aku.
selepas pada hari ni tiba-tiba muncul satu perasaan ni .. bukan cinta ok tapi rasa ingin lebih mengenali abang wafi and lebih rapat dengan dia . aku akan cuba usahakan .. 

aku dok plan nak pi rumah anis dengan member2 lain . . tapi kan abang wafi tak tau rumah anis . . soooo ..... haha selepas ja solat jumaat aku tunggu abang wafi petronas dengan motor,abang wafi datang dengan berjubah.masa dah begerak tu aku tak berapa dengar dia cakap apa,aku dengar dia sebur rumah-rumah.aku ingatkan dia cakap nak balik rumah letak barang sat.aku pun berhenti la kat tempat lain.tiba-tiba abang wafi patah balik datang dekat aku,aku tengok dia dalam hati aku
 " haa...sudahhh ..."
abang wafi dah beletiaq..maksud dia tadi yang aku tak dengar tadi dia suruh aku ikut balik rumah dia..adeehhhh ... malunyaaa ..... masa atas motor dok ikut abang wafi dari belakang aku cakap sorang-sorang,takot semua ada..takot abang wafi marah. hihi akhirnya sampai jugak rumah dia,aku takot jugak takot jumpa mak ayah dia ka jiran-jiran tengok ka.nasib dia tinggal aku kat luar dia masuk dalam pi simpan barang la kot.at last aku tau dia tinggal dengan kak and adik dia kat rumah tu.aku malas nak tanya dia banyak,aku takot dia sedih.ok berbalik pada cerita...

bila dia keluar dia sempat lagi petik buah rambutan yang dah masak kat depan rumah dia.kot nak jemput aku .. hihi lawak ja .. aku hanya mampu senyum jela .. kami sembang-sembang dulu,tanya rumah aku dekat mana.dia marah akuuuuu .... beletiaaqq... uwaaaaaa ....
dia beletiaq aku sebab aku dah duduk kat sini dah 20 tahun tapi tak tau lagi nama tempat kat sini..nama2 kampung kat sini.adehhh .. huhu beletiaq laa..aku suka dengaq.dengan muka serius dia.dia cakap satgi nak pi kot jalan mana ? rumah anis dekat mana .
aku cakap la "dekat dengan gunung keriang . kita pi kot jalan besaq la,kot sungai korok,snang kit street ja."
dia cakap awat tak  ikut jalan belakang,dekat sikit..aku tak tau jalan-jalan kot sini kan.so dia nak tunjuk jalan kampung sini.aku pun ikut jela dari belakang ... senyum jela aku tengok dia kat depan,dah la tak pakai helmet,tau la jalan kampung.

sampai ja jalan kecil oqang panggil batas ban jalan tepi sawah. kami bergerak besebelah kononya nak sembang la sambil bawak motor.dia cakap la ini kampung apa .. apa .. aku pun ooo...senyum2 ajaa... hihi.sampai ja rumah ini . . kami masuk sembang-sembang masa tu tak semua orang lagi ada..masih ada lgi yang tak sampai.dalam beberapa minit kemudian rakan-rakan yang lain sampai,dorang terkejut sebab ada someone yang lain hari ni,abang wafi laa...kompom la terkejut macam mana abang wafi boleh ada dekat sini .. haha terus malu2 nak masuk.
ini gambar kami-kami kat sana .. . 





hihi boleh la .. happy jugak kan .. dari dok rumah tak buat apa kan ..
kalau hangpa nak tau .. hujung minggu nuu pulak aku keluar lagi dengan abang wafi.best abang wafi spoting.aku beranikan diri keluar sorang2,masa tu hari apa ntah,plan nak main bowling,itu ini .. nk dkat sejam jugak la aku tunggu kat mall,jlan sorang pun best gak..huhu .. dia cakap dalam pukul 3 dia datang.3 lebih jugak la dia datang.masa tu aku dok tingkat 2 aku nampak dari atas abang wafi berjalan ngan 2orang budak laki lagi.dalam pemikiran aku.."haii,sudahh dia bawak kawan,dah la aku sorang-sorang." aku pun beranikan diri pi kat abang wafi.aku beletiaq kat dia cakap dalam pukul 3.dia jawab balik dalam pukul 3 tu 3.15 boleh,3.30 pun bolehh .

aku ikut jela depa nak pi mana,depa nak pi makan dulu,aku pun ikut.boleh tahan 2orang budak laki yang datang sekali ngan abang wafi,cakap banyak sampai aku tak tau nak sembang macam mana.tiba-tiba yang datang oder tu budak kelas aku masa sekolah..aduhhh lagi la aku malu..tambah lagi depa tiga nih kenal dengan kawan aku tu.habis la akuuu ... 

so sambil2 makan kami kenal-kenal la..qupa qupanya salah sorang tu adik abang wafi .. haha patut la muka ada nak sama sikit..sikit jela.. huhu jaqang ehh nak tengok adik lelaki ngan abang satu kepala keluaq sama2.depa dua pun umoq sama dengan aku,memang depa nih boleh satu kepala,buat qamaaiii .. haha .. adik abang wafi nih tengah dok mencari teman,depa suruh aku ajak kawan-kawan lain keluar sekali,aku ajak la farah,lagipun dia sorang2 dekat rumah.aku cakap abang wafi nak belanja laju ja dia datang.huhu.lepas pada makan tu kami pi karoke dulu kot .. ini masing-masing punya $$$ la . . hihi malas aku nak minta org blanja pulak.lagipun aku tak mau nyanyi sebab malu .

video ni masa kat kaunter pusat karoke tu..tengah aku kusyuk dok rakam abang wafi perasan . . haha nampak kan abang wafi,adik dia baju hitam kawan dia pun baju hitam gak..adehh . .huhu satgi tengok la gambar yang mana muka nak sama sikit tu dia lah .


video


ni pulak video si abang dan adik nyanyi lagu black-teman pengganti . . terkejut aku adik dia si nazmi pandai rap 


video

last2 depa suruh aku nyanyi jugak ,, aku berduet ngn abang wafi lagu andai hatiku bersuara.. haha malu gilaaa....lpas karoke kami pi main bowling .. best jugak..3orang ja main .aku abang wafi and adik dia..








video

minggu ni aku dapat task apa tau tak untuk assigment multimedia .. v-blog . . ala-ala mat luthfi tu la..bila saja lect cakap v-blog tentang isu masa kini terus muncul dalam kepala otak aku .. vape !! yeaahhh vape memang orang tengah gila sekarang nih,ada kebaikkannya ada keburukkannya.



semua kelengkapan untuk buat video nih sudah ada,tripod and camere cuma tinggal nak susun dialog and watak..aku buat dua watak,sorang nerd and sorang lagi diri aku lah .. haha 




haha tu lah watak-watak aku dalam v-blog nih .. klau hangpa2 smua nak tengok video nih .. klik kat sebelah nih   V-BLOG - VAPE GOOD OR NOT ??  selamat menonton !! :)



minggu seterusnyaaaa ..... haha keluar lagi la ... pi main rollerblade..serius aku tak qeti .. last main masa umoq tadika-tadika gitu .. haha 
video ni masa dekat tasik tu diambil oleh nazmi adik abang wafi.. time nih abang wafi dah jalan jauh.tau la dah handal pun .. huhu tinggal aku dengan kakngah kat belakang,nasib ada abang-abang jadi penjaga kami,tolong galas beg kami.. haha jatuh tersungkoq depa tolong angkat ... 


video





serius bestt .. berpeluh pun berpeluh ... banyak kenangan kat sini .. huhu uppsss ... aku terus rapat dengan dia .. tapi time tu jela .. haha



aku selalu pi buat kerja kat kedai tu .. kami semua panggil kedai paksu sebab bos nya orang panggil paksu.kawan-kawan aku pun asyik pikir bukan-bukan bila aku asyik pi kedai tu ja.depa mula pikir sebab abang wafi .. noo .. aku tak tau sebab apa,maybe sebab tempat dia menarik and aku dah kenal dengan pekerja dalam tu.adooii...huhu satu lagi bila ada problem dengan assigment.autocadd,sketchup,lumion and sebagainya aku boleh tanya depa.itu la sebabnya..
abang wafi selalu la jugak ajak lunch sekali , first lunch agak malu-malu kucing gak la,best gak boleh kongsi-kongsi cerita time tu .. 
macam aku cakap aku cuba ingin mengenali abang wafi dengan lebih mendalam tapi akhirnya tak berjaya,aku dah penat cuba rapat dengan dia,dia buat macam biasa ja.bukan maksud aku nak kenal lebih rapat tu like bercinta. no.. no... aku pun nak belajar dulu.just sebagai sahabat saja.



keesokkn harinya kawan aku cakap kena tolong senior buat video untuk design festival,kawasan shoot video tu dekat tasik darulaman.aku pun dengan rela hati pi la tolong depa,aku ingatkan pi tolong angkat barang ka apa ka rupanya tolong jadi pelakon untuk watak2 architecture student... nak tengok hasil videonya yang begitu cunn....tngok sini Design Fest 2015 Politeknik Merlimau














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...