Isnin, 23 November 2015

Mengumpul kembali kenangan semester4 PART4



Assalamualaikum ....

kembali kita ke tajuk sama tapii .. PART4 haha banyak sangat part kan .. aku malas nak ceritakan kesemuanya terus,takut panjang lebaq pulak kan .. so cheq nak la cerita sikit-sikit .

selalunya bila hujung minggu ja my family akan pulang ke kampung,biasalah kampung dah dekat so selalu la balik.balik pun nak lepak-lepak..makan-makan kat sana.uiisshhh cakap pasai kampung nih semua orang suka kampung kan..yang kata tak suka tu,geli la,kotoq la,nyamok la..lama-lama dia suka jugak dengan keindahan kampung yang tak sesak,udara yang nyaman.
so kawan aku yang asal peneng nih dok gaduh lapaq masakan ibu la itu la ini la.aku pun bagitau la kat mama pasal nih,mak aku pun ajak la balik kampung,dia pun bab makan lajuuuu...terus nak ikut .. aku bagi dia rasa air jagung yang bubuh santan and garam.firstly dia cakap macam tak mau tapi bila dia rasa terus rasa sedap..kaaawwww baq hiang air dia.

mak aku bawak balik,sotong ayam ikan beda nak masak kat kampung nih ... jenuh la kawan aku nak makan,siap tambah 3pinggan .. haha kan dah kena penangan masakan kampung aku ... tambah-tambah gulai giling tok aku,yang dia giling sendiri,semua bahan dapur dia sendiri,kunyit buat sendiri,asam jawa buat sendiri,rempah giling buat sendiri,macam-macam lah.
nasib musim buah dah lepas ja,tidak mencicah sakan la petang tuh ...


 ni pic time aku bawak kawan aku nih jalan-jalan tepi bendang..nasib la dia dah biasa dengan bendang nih,tak dak la perak sangat.



ni pic sem lepas aku bawak balik orang perak pulak my classmate .. tengok tu .. excited gila bila nampak pokok padi depan2 mata .. siap kupas mkan beras dia lagi .. huhu happykan bila boleh share keseronokkan dekat kampung dengan member2 . :)



kelas DESIGN PALING STRONGER !! yeahh .. kali nih pakat kena guna laptop sebab guna autocadd,sketchup n lumion .. so pakat-pakat la berebut plug sebab nak cas laptop . deretan suis kat dinding pun ada sebelah ja.bila lecturer masuk terus terkejut kenapa semua orang berkumpul belah kiri ja . haha ... tengok la semua student buka laptop,paham-paham jela kan.

gambar dalam studio time kelas design


kali nih last project untuk maltimedia ada sangkut pauk dengan contest dekat KDTC iaitu bertemakan HIDDEN KEDAH  iaitu tempat-tempat bersejarah yang ramai orang tak tahu .masa lecturer bagi brief tentang last projek nih aku dah dapat idea tempat untuk aku shoot video iaitu Kota Kuala Kedah.Lecturer cakap first come first serve so aku terus cuuppp dulu .. haha .. punya semangat kan .. time lecturer bagi brief tu jugak la aku bagi terus nama tempat tu .. haha semangat takk .. 
untuk last project ni dalam kumpulan just ada 2orang saja . so aku dengan farah .. kami rancang untuk pi melawat tempat tu dulu,tengok-tengok kawasan dia dulu .. cantik jugak..selama nih aku dok lalu kot tepi ja pandang sebelah mata ja... haha serius cantik dengan kota dia bersebelahan dengan laut .




bila sampai sana tu mula la kan nak shoot gambar la katakan ...

ini dekat rumah api yang dikawal oleh pihak maritim and still aktif



ini pulak muzium,dalamnya terdapat pelbagai penemuan peninggalan zaman dahulu like pinggan mangkuk and banyak lagi la.dulu bagunan ni ialah istana tak silap aku and pada tahun keberapa entah dijadikan sekolah.aku tak ingat



ini pintu kacapuri








tengok la kawan aku tolong shoot pic aku,kalau nak tau dalam banyak-banyak pic aku satu ja yang jelas yang lain blur .. huhu sadiss ..





gambar ini ja nampak ok








kami cukup tertarik dengan jenis tingkap lama ni .. dia nampak ja macam casement window . ala yang buka tutup tu..tapi dia punya louvered tu yang garis lubang-lubang tu boleh jadi macam tingkap nako tau ... waahh rupanya zaman dulu pun ada pemikiran seni sebegini 



tengok la video nih,kawan aku try main-main dengan tingkap tu .. aku nak main pun takut tercabut .. tak ka nayaa .. huhu 

video







disebabkan kesibukkan yang melanda . . dengan cuaca jerebu yang teruk dan berpanjangan sampai berhari-hari agak susah untuk kami shoot video,kami terpaksa shoot video nih last-last minit.agak kalut jugak laa.. huhu so ini la hasilnya  HIDDEN KEDAH - Kota Kuala Kedah    selamat menonton :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...