Khamis, 7 Januari 2016

A K U


Assalamualaikum w.b.t ...

Aku ,
Aku cemburu , Aku Sedih .
Aku cemburu dengan kehidupan orang lain ,kawan-kawan aku .
Bila tiba waktu hujung minggu mereka boleh merebahkan badan dan merehatkan fikiran ,
Hilangkan segala masalah ,tension dengan kelas ,lecturer ,assignment .
Aku jeles dengan kakakku yang dahulu bila tiba waktu cuti pulang ke rumah,dia boleh berehat.
Ialah letih kerana keadaan study disana.
Aku jeles bila dengar kawan-kawan aku beritahu yang mereka cuti boleh berehat dirumah,kampung halaman masing-masing setelah berhempas pulas dengan kelas dan assignment.
Hati aku berkata "Untunglah mereka"
Sedangkan aku ? sebaliknya ..
Aku inginkan semua itu.

Bila tiba waktu hujung minggu aku akan lakukan tanggungjawab aku sebagai seorang anak,
Menolong ibuku meniaga di pasar .
Bila ada program luar aku terpaksa batalkan atau datang lewat ,
Aku tahu bila tiba waktu hujung minggu,pendapatan ibuku akan meningkat,
Itu lah harapan ibuku supaya aku boleh menolongnya .Jadi aku tak boleh menolak.
Aku tahu jika aku terpaksa cakap yang aku tidak boleh menolongnya sebab hal-hal lain dia akan mula bising .Yang mana satu harus aku pilih ? Aku menangis . .

Aku sedih dengan keadaan aku ,
Aku sedih , tidak sanggup bila ingin meminta wang kepada ibu bapaku,
Kerna aku tahu,
Bila aku memintanya,mereka pasti akan rasa sedih,
Aku tahu kami bukan orang senang.
Pernah dahulu bila aku meminta wang untuk membeli buku,ibuku menangis kerana tiada wang.
Mula pada itu aku jadi takut ,
Aku tidak mahu melihat mereka menangis.

Kadang bila ibuku bertanyakan soal wang samada aku mahu tambahan atau tidak
aku akan jawab "ikut mama nak bagi berapa"
Tapi bila dikelas aku akan ikat perut kerana duit-duit itu akan aku habis pada semua assignment aku.
Sehinggakan bila aku lapar sangat waktu rehat,
Tambahan tergugat melihat kawan-kawan makan.
Aku hanya keluarkan duit syiling untuk membeli makanan ,
tiada siapa tahu ,itulah pengalaman aku .

Bila saja aku ada assignment yang perlu di print sehingga berpuluh-puluh ringgit,
Sebenarnya aku tak sanggup nak minta pada ibu bapaku,
Disebabkan terpaksa ..
dan aku dapat lihat dari segi riaksi mereka bila aku berbuat demikian.
Aku sedih ,

As a student architecture ,
Pasti ada yang pernah mengalaminya ,
Selalu tidur lewat,
Pulang rumah lewat sebab berada di dalam studio or bersama ahli kumpulan untuk siapkan assignment sampai lewat.
Jika aku ,ialah aku ini anak perempuan.
Cukup risau jika pulang lewat.Keluar malam balik lewat.
Bila malam jika aku nak keluar siapkan assignment pasti ibu bapaku akan menghantar aku,
Kadang-kadang sehinggakan aku dimarahi kerana mereka perlu menghantar aku,
Mungkin letih , mungkin ada banyak kerja lain .
Aku minta untuk pergi sendiri tapi tak dibenarkan,
Jika dibenarkan pun mungkin mereka dalam keadaan marah.

Tambah pada waktu itu , time assignmnet banyak ,laptop aku rosak .
Aku terpaksa pinjam pada kawan aku,padahal mereka pun perlukan assignment mereka.
Aku jadi kalut .
Aku meminta wang PTPTN aku pada ibuku untuk memperbaiki laptop,tetapi sudah tiada kerana ibuku menggunanya untuk membayar yuran sekolah adik-adikku dan lain-lain.
Aku jadi sedih ..
Lagi pula sekarang aku nak beli laptop baru sebab laptop aku yang sekarang ni sudah nazak,tak mampu nak menampung program dan software .

Bila aku pulang lewat maghrib kerana terpaksa menggunakan laptop kawan untuk siapkan assignment.
Ibu bapaku memarahi ku,
Aku mendengar sahaja segala leteran ibuku didalam keadaan dia menangis.
"Hang balik rumah lewat ingat tak dak kerja ka kat rumah ni nak buat.basuh baju,buang sampah,kemas itu ini.Semua aku nak buat."
Aku yang berada di dalam bilik pada masa itu menangis keesak-esakkan,
Kenapa mesti aku ,Kenapa aku mesti lalui semua ini.Tolonglah faham keadaan aku.

Disebabkan semua ini aku jadi down,
Aku jadi tiada semangat,
Apa yang ada didalam fikiran aku sekarang ni,better aku berhenti belajar dan tolong ibuku dari mengalami semua masalah ini.Tapi aku tak boleh ,aku nak buktikan yang aku boleh berjaya.

Aku banyak mendapatkan nasihat daripada orang yang lebih tua dari aku,mereka juga kesian dengan apa yang aku alami dan memberikan kata-kata semangat kepadaku.
"Patutnya kita bantu ibu,bantu keluarga,berkorban untuk ibu,macam ibu korbankan untuk kita."
"Bila rasa sedih,ingat balik jasa ibu,Kalau bagi semua duit ptptn.Duit dapat seumur hidup pun tak mampu balas jasa ibu." Nasihat seorang ustaz .

Mungkin ini takdir yang telah diberikan olehNya iaitu menjadi seorang anak yang selalu berkerja dan menolong ibu bapanya.
Mungkin aku tak perlu merungut dengan semua yang menimpa keatas diri ini ,
Mungkin ini semua ada hikmahnya ,
Mungkin pada masa inilah aku boleh membuat jasa pada ibu bapaku .
Ini lah tanggungjawabku sebagai seorang anak.Aku sayangkan keluargaku

Semua ini boleh dijadikan tauladan dan akan aku abadikan dan ceritakan kepada generasi akan datang supaya tidak berputus asa apabila menghadapi dugaan dalam hidup.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...