Khamis, 14 Julai 2011

Penjagaan rambut

Menjaga rambut agar kelihatan sihat dan cantik  

     Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita.Tidak kurang juga pada kaum lelaki,rambut yang kemas dan disisr rapi mampu menambahkan lagi ketampanan seseorang itu.Untuk memiliki rambut yang cantik dan sihat,anda haruslah rajin mencucinya setiap hari.Dengan itu,rambut dan kulit kepala anda akan bebas daripada segala masalah seperti kelemumur,rambut bercabang dan juga berminyak.Kelemumur terjadi apabila kulit kepala anda berminyak dan berhabuk.Gunalah shampu yang khas untuk menghilangkan kelemumur dan rambut bercabang.


                         
                    











Anda perlulah rajin menyikat rambut setiap hari.Pemilihan sikat juga amat pentiing untuk menjamin rambut kekal sihat dan cantik serta mudah didandan,Sikat yang berbentuk sebaris sesuai digunakan oleh mereka yang berambut lurus,Manakala bagi mereka yang berambut kerinting,gunalah sikat jenis kembang.
   
Kesan Pengering Rambut Kepada Rambut Anda

      Anda juga dinasihatkan supaya tidak selalu menggunakan alat pengering rambut yang mengakibatkan rambut anda rosak dan kering.Anda juga disyorkan untuk mendapatkan rawatan rambut untuk membantu anda mengatasi masalah rambut dan kulit kepala yang anda alami.Jika masalah yang anda alami terlalu serius,sebaik-baiknya berjumpalah dengan pakar rambut dan kulit kepala

Bagi Wanita Bertudung

     Bagi anda yang memakai tudung kepala terutamanya di negara yang bercuaca panas seperti negara ini,anda haruslah pandai memilih kain tudung yang sesuai dan tidak menyebabkan anda kepanasan.Contoh jenis kain tudung yang sesuai ialah kain kapas dan berwarna terang.Tudung yang berwarna hitam akan menyerap haba dan boleh membuatkan anda berasa panas.
    Bagi anda yang sering menggunakan tudung kepala ke sekolah,anda mungking telah mengabaikan penjagaan rambut.Alasannnya kerana anda sering beranggapan bahawa rambut anda akan terpelihara dan bersih kerana terhindar daripada debu dan kotoran lain.Sedangkan kotoran dan bakteria akan terjadi kerana terdapat lembapan pada bahagian kulit kepala.Anda perlu ingat bahawa iklim khatulistiwa seringkali membuatkan kita berpeluh.Jadi peluh akan terus melekat pada kulit kepala yang bertutup dan boleh mengakibatkan berlakunya kelemumur.
    Selain itu,sebelum anda mengenakan tudung,anda hendaklah mengeringkan rambut anda.Jika rambut anda berada dalam keadaan separuh kering,keadaan ini akan menyebabkan timbulnya bau yang kurang menyenangkan.Oleh itu,jika anda mengidamkan rambut yang cantik,anda mestilah mengorbankan sedikit masa dan tenaga anda.

2 ulasan:

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...