Sabtu, 20 April 2013

" Tangan Yang Menggedik "


 Assalamualaikum w.b.t ...

HHAHA !! Hari ini lia betul-betul tak tahu nak buat tajuk entri ape ,banyak hari dah pikir.disebabkan tangan lia yang menggedik sangat-sangat nak menaip ni kan (hobi suka menaip) tapi tak tahu nak menaip apenye .. maksu lia suggest tajuk entri yang terbaik la untuk lia "Tangan Yang Menggedik" haha mcam perli lia je kan tajuk ni .

ok harini tangan lia meggedik nak tulis about aktiviti lia hari ni la kan ..
hari ni macam biasala pagi-pagi pergi menolong mama meniaga dikedai , ehh harini dekat kedai renggang sikit la orang , selalunya time cuti orang singgah di kedai bukan main ramai , nak tahu kenapa , sebab hari ini kan penamaan calon .. lia nampak ramai sangat orang pakai baju warna biru,merah and hijau.. dorang ade la tu pergi berarak .. haha esok dekat kedai ramai la yang sembang about politik ni .. cerita kedai kopi la katakan .
    
    Tepat pukul 7 malam tadi lia terus on tv and then watching "Destinasi Cinta Sara" cerita ni lia dah khatam dua kali dah,disebabkan best penuh dengan aksi romantik,komadi and aksi yang buat lia geram sangat-sangat sebab tu lia tonton lagi cerita tu . tapi solat maghrib jangan la lupa pulak kan . hihi
Cerita ini mengisahkan tentang sara dan liza adalah adik beradik.sara bekerja di butik pengantin .sara sebenarnya memendam  perasaan pada majikannya,mikail.disaat sara ingin memberitahu pilihan hatinya,liza pula muncul menyatakan dia menyukai mikail yang sebenarnya menyukai mikail kerana hartanya saja.sara cuba mengalah dengan adiknya,sara bersedih kerana terpaksa melupakan cintanya pada mikail.pada masa yang sama,sara berkenalan dengan iman ketika dia berebut menaiki teksi dengan iman.iman yang tak percaya pada cinta mula tertarik pada sara sejak dia mula membaca diari sara yang tertinggal dalam teksi.dalam mengubati hati yang lara,sara banyak menghabiskan masa bersama iman tanpa menyedari dia sebenarnya lebih mencintai iman berbanding mikail.



* seronok tak ?? hihi lia tengok ni pun rasa seronok ok ..

   selepas saja tonton cerita Destinasi Cinta Sara ni lia and family tengok rancangan terbaru iaitu 'Masterchef Selebriti Malaysia 2' yang menggandingkan 19 orang peserta selebriti yang hebat-hebat belaka . seronok tengok gelagat diorang masa didapur .. ape kata pepatah rancangan tu .. 'bila dapur panas,watak lain jadi jelas' haha memang punn .. yang seronoknya zain saidin and rozita che wan pun berganding sekali didalam gelanggang masterchef tu . lia ada tengok,masa didalam dapur, zain saidin sempat lagi berlari menuju kearah rozita che wan bertanyakan tangan rozita che wan yang terkena pisau walaupun masa hanya tinggal beberapa minit je lagi . wooww !! hihi ..

\

* ini ialah 19 orang artis yang berganding didalam gelanggang masterchef selebriti malaysia 2
teruskan menyaksi gelagat artis-artis ini didalam dapur masterchef mengharungi cabaran-cabaran di setiap minggu.. memang seronok betul . siapakah juaranya ?? kena la tengok sampai habis ><V





.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...