Selasa, 14 Mei 2013

Jagalah Diri ( Dia )


Assalamualaikum w.b.t . . 

    13/5/2013 tarikh yang lia rasa sedih sangat - sangat . . lia tak tahu kenapa boleh jadi macam ini . Hubungan kami berakhir pada malam itu . Lia redha dia lepaskan lia dengan apa yang lia buat dekat dia . . lia memang bukan perempuan yang terbaik untuk dia . Lia banyak buat salah pada dia , so lia terima saja hukuman ini . Sejak beberapa bulan ini hubungan kami agak kurang sikit kerana lia mula tidak mahu serius dengan alam percintaan ini , lia just nak fokus pada family , kehidupan lia dan pelajaran lia . Dengan ini lia jarang bersama dia , lia harap dia faham . Dia tabah menghadapi semua ini ,dia tabah , kuat dengan keadaan lia macam tu . Lia nak akhiri perhubungan ini tapi lia takut dia tension dengan kehidupan dia , dengan study dia sebab tahun ini dia SPM . Lia pun cuba sedaya upaya untuk buang perasaan lia tu untuk bantu dia, untuk beri dia semangat menghadapi SPM nanti . tapi lia rasa lia tak boleh .. hati dia lembut sangat .. so lia takut untuk sebut perkataan 'akhiri perhubungan ini ' . lia takut dia sedih. tapi dalam masa yang sama lia tak nak dia terus berharap pada lia , berharap pada lia yang sudah tidak mahu fikir soal cinta lagi. lia takut dia terus terluka . dia memang kuat .. 
   
     Tapi semalam dia ada menelefon lia , sembang and sembang dan dia ada something nak cakap . dia suruh lia jangan fikir soal dia lagi .. dia tak nak lia tension dengan dia , dia tak nak lia tension sampai tak boleh fokus dalam pelajaran , sebab sekarang lia lebih pentingkan family and pelajaran . dia tak nak ganggu lia.
lia cakap yang sekarang lia dah ok , lia just tak boleh selalu contact dengan dia tapi dia tetap cakap macam mana dengan family lia , dia tak nak ganggu hidup lia .. lia cakap lia ok dh .. lia ok dh tapi dia tetap bagi alasan .. lia pun ada rasa something , kenapa malam tu dia boleh cakap semua tu , sedangkan sebelum ni dia tak boleh nak cakap semua tu , dia tak sanggup nak cakap semua tu . lia tanya dia apa dia ada sayang seseorang , apa dia ada suka dekat seseorang .. tapi dia cakap jujur dia tak ada pun perasaan tu pada sesiapa pun . dia pun dah malas nak bercinta . 

    lia nak menangis semalam , tapi lia cuba tahan untuk menahan air mata nih dari menitis kerna lia takut lia akan jadi bertambah sedih dan pedih , lia cuba tahan air mata nih dengan cakap selamba ja dengan dia . dia banyak memberi nasihat pada lia soal pembelajaran lia . dia cakap semalam adalah panggilan kali terakhir dari dia . tapi lia ada bagi dia satu kata - kata terakhir dari lia untuk dia .
   
    " Walau apa pun yang terjadi , suatu hari nanti kalau mizi muncul semula dalam hidup lia , lia akan terima . kalau Allah jodohkan kita bedua , lia akan terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas. cuma sekarang nih lia tak boleh lagi fikir semua tuh , Ingat tu mizi . . "

Ya Allah , lia harap dia faham dengan kata - kat lia tuh .
Tapi . . selepas tu lia ada buka fb , lia tengok gambar dia dengan seorang perempuan classmate dia , ada banyak gambar . kedudukan rapat . . tapi tak apalah ,lia pun sama macam tuh juga . . dia cakap perempuan tu kawan dia ,walaupun kawan perempuan tu boleh berkongsi cerita dengan dia . dia kawan hingga akhir hayat . ermm lia tak boleh nak kata apa - apa dah , lia tak boleh nak melarang dia dah . . sebab kami dah tak ada apa dah . 
Akhirnya terjawab juga . . permainan dalam fikiran lia . kenapa dia boleh berani dan kuat sangat mengatakan untuk mengakhiri perhubungan ini . . sebab selama dia dia tak akan kuat untuk kata sebegitu ,sebab dia tak mampu hidup tanpa lia. rupanya mungkin dengan adanya perempuan tu dia boleh kuatkan diri untuk mengakhiri perhubungan kami berdua . . perempuan tu boleh memberi dia semangat semula . .
   Lia hanya boleh doakan kebahagian dia saja . . lia redha dengan semua nih ..

    "" Mata kau dan aku berhentilah menangis dengan hubungan ini, Jari Jemari kesat ke pipi mengesat air mata.Hati ini cukuplah dirasuk sedih,kerana dia takkan kembali. Takdir mengubah hubungan kita sampai disini saja.Dia padam dari jaga, Bicara hanyalah dalam doa,doa ku untuk dia . Yang dipanjatkan pada yang maha Esa . Jiwa ini walaupun terpisah jua , tapi selalu pergi dengannya . Sisa yang masih ada di sini,Ku bertahan ke nafas terakhir
Ya Tuhanku, Jagalah diri ini menempuh hidup sepi tabah menerima takdir .
Ya Tuhanku , Ketemukanlah kami berdua NANTI .Hingga itu ku mohon Kau jagalah dirinya untuk diriku,
Ya Tuhanku , Jagalah diri ku ini untuk menempuh segala - galanya . . :') ""

Maafkan lia Mizi sebab lia tak boleh jadi yang terbaik untuk mizi . . tapi ingatlah kata - kata lia yang terakhir tu . . lia sentiasa mendoakan mizi . . :')



2 ulasan:

  1. kuatkan diri k n tabahkan ati..:) maybe dye bkn utk kte n ada sum1 yg lbey bek dr dye utk kte..:)

    BalasPadam
  2. sabaq yang :) tuhan akan ganti dengan lebih baik . apapun, fokus pada benda yang utama dulu k .

    jom terjah kita punya blog lak :)

    http://aiensahaja.blogspot.com/

    BalasPadam

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...