Isnin, 6 Mei 2013

Untuk dia


     Assalamualaikum w.b.t

Hari tu .. memang betul - betul hari yang penuh dengan kesedihan .. lia tak tahu kenapa boleh jadi macam ini.. sampaikan seharian ni lia betul - betul tak dak mood .. makan pun , tak berapa nak selera .
tadi siang lia nampak dia (orang yang lia sayang) naik teksi dengan family dia . hati lia mula rasa hairan .. kemana dia nak pergi ?? lia terus hantar meseg tanya dia . dia kata dia kena ikut family dia pindah pergi johor dan dia kata kita dah tak boleh berjumpa dah . terus lia sebak , terus jadi tak boleh kawal diri nih , terus berlenangan air mata nih .. dalam hati lia berkata , sampai hati dia tak beritahu lia dulu. johor terlalu jauh untuk kami berjumpa lagi . lia dah tak boleh jumpa dia .. lia tak sempat jumpa dia buat kali terakhir . dalam waktu yang sama rupa - rupanya dia buat suprise dekat lia .rupa-rupanya dia nak pergi temuduga uitm dekat alor star .. dia saja buat suprise sebab selama ni lia banyak tolong dia.. Alhamdulillah dia dapat temuduga tu sekaligus dia dapat masuk kolej bawah uitm di melaka .. oh no !! bila lia dapat tahu berita nih . . hati lia terus rasa sedih .. kenapa mesti dia yang pergi dulu .. melaka .. jauh tu .. kenapa tak lia ja yang pergi dulu .. lia akan merasakan kehilangan dia .. kalau lia pergi dulu maybe dia tak akan rasa apa - apa .. tapi kalau dia pergi belajar dulu , tambahan tempat tu jauh .. lia akan merasakan kehilangan dia , lia akan jadi bertambah rindu pada dia .

Ya Allah hanya Engkau sahaja yang tahu perasaan lia sekarang nih . lia berniat untuk pergi dulu sebelum dia agar lia boleh melupakannya.dengan cara ni lia boleh melupakan perasaan lia nih terhadap dia . selagi lia berada disini,lia tak dapat melupakan semuanya .. selagi lia berada disini , lia akan selalu bertemu dengan mak ayah dia , adik - adik dia .. lia tak boleh melihat mereka .. bila ini berlaku , pikiran lia mula berpihak pada dia.kenapa perasaan lia jadi macam nih , lia tak pernah rasa macam ini . ini kali pertama dalam hidup lia. tolonglah lia ..

satu hal lagi,selagi lia berada disini , semua kenangan yang ada disini membuatkan lia susah untuk melupakan perasaan suka,sayang dan cinta lia pada dia . biar lia pergi belajar jauh - jauh supaya lia dapat melupakan semua ini . walaupun rasa - rasa lia kalau pergi blajar jauh-jauh maybe agak susah , kena berdikari , urus diri sendiri . tapi tak apa , lia akan cuba nanti ..
kenapa harus dia pergi jauh dulu , lia akan merasakan kehilangan dia , lia akan rindukan dia . lia harap biar lia yang pergi sambung belajar dulu .. biar lia yang tinggalkan semua ni dulu,lia tau kalau lia pergi dulu,dia tak akan rasa apa - apa .. dia tak akan rasa macam yang lia rasa sekarang nih kalau lia yang pergi dulu.

ingat !! lia buat macam ni bukan nak lupakan dia terus , bukan lia nak putuskan tali persahabatan kami . sedangkan lia pun tak sanggup nak buat macam tu . lia buat macam ni sebab lia nak lupakan perasaan lia terhadap dia . lia tak nak ganggu hubungan dia dengan pasangan dia yang sekarang sedang bahagia. :')
lia undur diri ...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...