Selasa, 28 Oktober 2014

kisah aku,seorang student.

Assalamualaikum . .

memang tak dinafikan kenapa student architecture selalu kehabisan duit dan mengeluarkan banyak duit untuk belajar , ini kerana semua peralatan untuk belajar semuanya harga mahal belaka.
Ini berlaku kepada diri aku sendiri,aku jadi bingun bagaimana mahu menguruskannya,mahu saja minta pada mama dan abah tapi segan dan rasa tidak sanggup kerana nilai yang mahu diminta tu.pernah dulu masa semester satu aku perlukan duit yang banyak dan banyak kali aku minta pada mama,selalu reaksi muka mama aku macam gelisah dan pernah menangis kerana mama tidak cukup wang,keluarga kami ni tiada miskin tapi tiada la kaya.aku sedih melihat mama aku jadi sebegitu,nasib abah boleh menghulurkan duit.

tambahan bila saja ada assigment yang susah atau berkumpulan aku perlu bersama rakan aku untuk menyiapkan semua tugasan itu,sudah pastinya aku akan jarang berada di rumah.
kadang-kadang balik dari kelas pada waktu malam itu pula aku perlu ke rumah kawan aku,balik itu telah la tak pasti balik pukul berapa kadang-kadang sampai lewat malam,pada waktu malam mama and abah tidak benarkan aku menunggang motorsikal seorang diri takut berlaku apa-apa.so aku perlu meminta bantuan mama and abah untuk menghantar aku.kadang-kadang aku kesian jugak sebab selalu menyusahkan mereka,kadang mereka merungut dan marah jika aku meminta untuk dihantar.bila dikata biar aku pergi sendiri,dimarahi oleh mama pula.aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi.kadang-kadang mama marah pada aku kerana aku selalu keluar malam dan pulang lewat,kerja di dalam rumah tak buat-buat.sehinggakan mama menangis.

"Ya Allah,apa salah aku . . sehinggakan disebab aku mama mengalirkan air mata. salah kah aku untuk belajar,aku tak pandai untuk mengurusnya lagi.aku jadi lemah.adakah patut aku berhenti sampai disini saja supaya aku boleh sentiasa menolong mama."

aku hanya mampu kuat dengan nasihat dan kata-kata semangat dari rakan aku.apa yang mereka kata,family juga kena faham cara kita belajar.tapi aku juga perlu faham family aku.itu yang penting.

aku jadi mula tension dengan situasi ini hingga ke semester dua bila memikirkan semua itu.ada saja rasa ingin berhenti dari terus belajar kerana masalah ini tapi aku tak boleh,aku kena teruskan juga,aku nak buktikan pada keluarga dan yang paling besar sekali kepada cikgu dan kawan-kawan aku semasa STPM yang aku boleh bawa segulung diploma kerana aku hanya sekerat jalan dalam dunia STPM aku cakap kepada mereka yang aku nak ambil diploma saja.aku nak buktikan yang aku takkan jatuh.
semasa semester dua aku buat pilihan untuk memohon PTPTN,satu semester dapat wang bernilai rm2500.bila saja permohonan aku diluluskan dan duit pun dapat tidak lama kemudian.mama mengambil separuh dari nilai itu untuk membayar hutang dan yuran sekolah adik-adikku.hanya tinggal 1000 untuk aku.sememangnya kad bank aku mama yang pegang dari dulu lagi.mama selalu menghulur kepada ku beberapa nilai dari baki duit PTPTN tu.tidak lama kemudian aku minta pada mama sedikit wang dalam akaun bank aku untuk memperbaiki telefon aku tapi mama cakap duit itu sudah habis diguna semasa mama cuti berniaga kerana ada masalah sedikit.reaksi aku agak sedikit sedih tentang ini.mama cakap nanti hujung-hujung bulan abah and mama masukkan balik duit tu semula.

seperti remaja zaman sekarang,mereka selalu berfesyen,membeli baju,seluar,alat eksesori diri kira dalam kategori kelengkapan diri mereka.aku juga ingin sebegitu,aku teringin beli semua itu menggunakan duit aku sendiri,tapi semuanya sudah habis,tapi aku kasihan pada mama and abah juga,aku ingin menolong mereka juga.bila aku memerlukan duit aku jadi tidak sanggup untuk meminta,
aku jadi takut dengan perasaan ini,apakah aku ikhlas memberikan mama guna duit PTPTN itu.aku takut jadi anak yang derhaka,aku pernah ceritakan semua masalah ini pada seorang ustaz,jawabnya aku tidak boleh mempunyai perasaan seperti ini,ibu bapa sudah bersusah payah membesarkan kita dari kecil lagi.ustaz itu menyuruh aku berkorban untuk ibu seperti ibu berkorban untuk aku.jika aku rasa sedih dia suruh aku ingat balik semua jasa ibu pada aku.

satu satu masalah timpa atas aku,hari itu sedang aku membuat kerja projek autocad di dalam kelas tiba-tiba laptop aku terpadam dan terus tidak boleh on,padahal semua kerja itu aku perlu hantar pada hari lusa,aku jadi tidak tentu arah kerana aku tidak mempunya backup.dengan cadangan dari rakan-rakan aku,aku pergi ke kedai membeli casing untuk hard disk.Alhamdulillah semua kerja aku tersimpan dalam tu,aku hanya boleh menyiapkan semua kerja aku dengan meminjam laptop rakan aku,selepas pulang dari kelas terus aku bergegas ke rumah rakan aku untuk menyiapkan projek ini hingga ke waktu maghrib.kadang-kadang mama marah kerana pulang rumah waktu malam.aku hanya mampu menjawab yang aku buat kerja untuk dihantar lusa.aku tak boleh bagitau yang laptop aku rosak.aku takut nanti abah marah and pasti perlu mengeluarkan bayak duit.bila diperiksa laptop aku tu,dia punya cip set rosak,perlu ditukar.aku tanya pada tuan kedai berapa harga tukar ni.tauke itu cakap harganya 300 lebih,telan air liur aku bila mendengarnya,dimana aku nak cari duit sebanyak itu,duit PTPTN aku sudah habis,nak minta dekat mama and abah rasa takut pulak.habis semua assigment aku yang perlu menggunakan laptop jadi kacau bilau.last-last minit baru buat sebab kena pinjam laptop kawan.kawan aku tanya kenapa tak repair guna duit PTPTN ja tapi mereka terkejut bila aku cakap duit aku habis.soal mereka kemana habis semua duit itu?aku guna buat apa ja?bila dengar jawapan dari aku baru mereka faham,mereka menyuruh aku bagitau pada mama and abah aku tapi au takut.padahal semester depan ini kata senior semuanya menggunakan autocad.aku perlu segera memperbaiku laptop aku tu.tapi bagaimana,
so sekarang pelan-pelan aku kumpul duit aku sendiri tapi bila kumpul ja ada ja benda yang nak kena buat.Masalahnya sekarang ni dalam rumah aku hanya laptop aku seorang saja boleh digunakan untuk print out.bila orang dalam rumah ini memerlukan printer aku cuba elak dan aku tolong printkan diluar.takut nanti dorang tahu yang laptop aku rosak.sekarang ni dorang selalu tanya aku mengenai printer itu,aku hanya berdiam saja.perasaan aku mula tension kembali,aku tak tahu nak buat macam mana.sekarang ini aku akan cuba pelan-pelan bagitau pada abah aku.

aku harap aku boleh menempuhi semua ujian ini.dan dengan semua ini aku boleh berjaya,aku tak nak sia-siakan usaha titik peluh mama and abah yang banyak menolong aku untuk sambung belajar ni.aku mahukan family aku happy dengan kejayaan aku.itu saja . .

sekian,kisah aku seorang student

















8 ulasan:

  1. Lepaih ni hang belajaq sungguh sungguh. Bagi depa menangis dengan kejayaan hg. Masa ni lah kita nak balaih jasa depa. Good luck nah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. thnks bagi kta2 smangat :) insyaAllah

      Padam
  2. Jgn berhnti blajar. Skrg mmg nmpk susah tp sok bila dh bkerja n kte balas balik jasa diorg, wkt tu kte akan nmpk mcm mana hepynyer muke dorg

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaa..itu la sbb sy blh rsa kuat lg utk mneruskn smua nih

      Padam
  3. laptop mmg penting utk student ni. nak baca slide, buat assignment, cari maklumat.
    moga Allah permudahkan study awak! go go fighting, do your best okay!

    BalasPadam
  4. Kepahitan itu pelaburan untuk kesenangan. Diawala kemanisan adalah pahit. Tanpa kesukaran, tiadalah kesenangan. Papaglamz doakan semoga adik berjaya.. Aamiin..

    Jom jalan2 kat rumah papaglamz

    http://www.papaglamz.com/2014/11/travelglamz-ll-masjid-kristal-menggamit.html?m=0

    BalasPadam

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...