Jumaat, 21 Disember 2012

tidak berharap pada sesama manusia


assalamualaikum..

manusia sesama manusia tidak mengharapkan keuntungan untuk dirinya,tetapi mereka akan memanfaatkan.berbeza dengan Allah,Allah mengharapkan  keuntungan dan manfaat tetapi bukan untuk mempergunakan makhluk ciptaan-Nya.Ini merupakan satu manfaat yang tidak mengandungi bahaya.

    Sehubungan itu,dinasihatkan supaya jangan berharap kepada sesama makhluk kerana ini akan mendatangkan bahaya.sebaliknya bergantung atau berharap hanya pada Allah sahaja.cara berharap seperti ini tidak ubah,seperti seorang anak mengharapkan sesuatu daripada bapanya,isteri kepada suami,pekerja kepada majikannya atau hamba kepada tuannya.

    Namun,orang yang berbahagia adalah orang yang bergaul dengan Allah bukan untuk kepentingan dirinya tetapi semua orang menikmati faedahnya.di sini dapat dijelaskan ibarat berbuat baik kerana Allah,takut juga kerana Allah tetapi jangan kita takut kepada sesama manusia.

    Apabila mereka berharap kepada Allah,mereka tidak berharap pada yang lain.apabila bercinta kerana Allah,mereka tidak rasa cinta kepada yang lain.cinta mereka hanya kepada Allah.

Didalam al-Quran ada disebutkan,maksudnya :

   "Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredaan Allah,kami
    tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih"

                                                                                                                  (surah al-Insan,ayat 9)
-dipetik dari buku Bahagiakan Hatimu




6 ulasan:

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...