Khamis, 11 April 2013

Coretan Hati 1


  Assalamualaikum w.b.t ..

dikala aku bersendirian,pemikiran ku jadi tidak tentu arah .. pemikiran ini semuanya berpihak pada kau . aku tak boleh lari dari berfikir tentang diri kau,kau telah mnguasai pemikiran ini.
dikala aku mendengar tiupan seruling yang mendamaikan membuatkan hatiku berasa syahdu bila berfikir tentang diri kau dan membuatkan aku berasa diriku hina dan kerdil dimata semua orang .

tika aku melihat dirimu dihadapan ku , hatiku berasa begitu gembira dan membuatkan diriku sentiasa tersenyum lebar . aku mula merasakan bahwa dalam diam aku sudah mula tertarik pada diri kau , tetapi aku tak bisa meluahkan kerna aku sudah ada teman dan kau pun mengambil keputusan untuk melupakan perasaan suka kau pada aku dan sekarang kau pun sudah punyai teman .
hati ku , fikiran ku sudah tidak keruan lagi . kau boleh melupakan perasaan suka kau pada aku kerna aku sudah ada teman . tapi bagaimana kau boleh senang melupakan perasaan itu ?? sedangkan aku tidak boleh melupakan perasaan suka , sayang pada diri kau .aku tidak boleh mengelak dari semua perasaan ini . apa yang patut aku buat Ya Allah .
aku cuba untuk melupakan perasaan ini ,tapi ia berlaku apabila aku menyibukkan diriku dengan kerja-kerja lain tetapi bila aku sedang bersendirian .. semuanya akan kembali berpihak pada kau . apa yang patut aku buat untuk lupakan semua ini . aku sudah cuba sedaya upaya aku . tika fikiran aku mula mahu berpihak pada diri kau , aku mula ingat pada Allah , aku mula beriktifar untuk cuba elak  dari berfikir tentang perasaan ini . tapi aku tidak mampu juga .. aku tidak mampu berhadapan dengan semua ini,tika aku melihat kau bahagia bersama sidia , aku mula berasa sedih dan aku akan mula menangis .aku tidak tahu kenapa boleh jadi begitu . apa aku menangis kerna kebahagian kau atau aku tidak boleh merasakan itu atau aku tidak boleh merasakan cinta kau. aku sudah meluahkan segala-galanya pada kau dan aku buat keputusan untuk melupakan perasaan ini , tapi ternyata aku tidak boleh..apa-apa pun kau kata kita tetap kan berkawan sekarang dan selamanya..aku boleh terima itu,kerna aku tak mau mengganggu hubungan kau dan dia..ku tidak boleh melihat diri mu ,  kerna perasaan  itu akan kembali dan membuatkan diriku berasa sedih dan akan membuatkan air mata ku mengalir..tapi aku juga tidak boleh melihat keluarga mu kerna fikiran aku akan mula ingat pada dirimu .
semua ini bukan bermakna aku minta apa-apa balasan dari kau , aku tidak mampu memegang cinta lagi ..
    hanya tinggal satu cara lagi untuk aku elak dari berfikir tentang diri kau , untuk aku melupakan perasaan suka dan sayang ini pada diri kau ..  iaitu dengan cara aku pergi jauh dari sini .. dengan cara aku tinggal jauh dari tempat ini . ini untuk aku mengelak dari melihat dirikau dan keluarga kau yang menyebabkan aku selalu berfikir tentang diri kau dan perasaan ini . hanya ini saja yang aku ada.
aku akan cuba lakukan ini .. tapi ingat , aku lakukan semua ini bukan bermakna aku mahu memutuskan tali persahabatan kita kerna itu pun aku tidak sanggup menghadapinya tapi ini lah caranya untuk aku mengelakkan diri dari berfikir soal diri kau dan cara untuk aku melupakan perasaan suka dan sayang aku pada diri kau dan membiarkan dirikau bahagia dengan dirinya . tapi ingat , aku akan tetap akan sayang pada kau dan aku akan sentiasa ada bersama kau . tidak kira apa jua keadaan

      Ya Allah , jika inilah satu-satunya cara jalan yang betul .. kau permudahkanlah urusan aku ini Ya Allah ..







2 ulasan:

  1. emm, rasa sedih pulak bila baca, dgn instumental-nya :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. yess mira .. ini smua dri isi hati kmi .. jjur kami prkatakn

      Padam

jom baca entri lia yang lain pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...